Thursday, February 9, 2012

Sesi Promosi: Bakso Sudah Ada. Mari lah Cuba...


Tanpa banyak bunyi dan bicara..(hope so)

Dipersilakan menjamu....Sila lah langkah kan kaki hayunkan badan goyangkan apa patut sambil menyanyi lagu Uji Rashid & Hail Amir ke  Restoran Anika Selera.

Bakso tuh apa? 


 Kenal ke?

Merupakan satu hidangan popular Indonesia. Hidangan berkuah sup ini biasanya berisi bebola daging besar dan bebola-bebola ayam juga. dilengkapi dengan sup hoon. Ada juga yang di isi dengan mee hoon atau mi. Nasi pun ada juga. Ikut permintaan orang lah. Mostly minta yang hidangan standard - dengan sup hoon tuh..

Hidangan ditabur bawang goreng dan daun sup. Kobis dihiris halus juga tidak ketinggalan! Dilengkapi dengan kicap ABC (Indonesia punya bukan yang Singapore punya) dan sos serta sambal istimewa. Tidak lupa juga limau di sisi. ecececece! 

Bakso togel taknak tuang apa...pun sedap juga...TAPI....kalau tambah-tambah lagi sedap..

Buat masa ini yang saya lihat, kebanyakan tidak berapa pandai makan bakso. I mean kalau customer makan, dia makan togel macam itu tanpa menuang sos dan kicap dan memerah limau. Tak tahu lah kalau dia memang tak mahu. Heheheeh...Tahukah anda bahawa anda patut cuba untuk mencampurkan "kawan-kwan bakso" ke dalam sup kamu itu? Baru kamu tahu rasa dia..hehehehe


Kawan-kawan penambah rasa bakso...kicap manis ABC & Sos serta tak lupa sambal istimewanya...


Set bakso dan rakan-rakan nya


Muka bakso yang ditempek soso dan kicap :-P


Perah la limau...rupa bakso standard...

Ada sesetengah tempat dimakan berserta telur puyuh. Ada suka hati pecah-pecah kan keropok ikan tabur dalam mangkuk. Janji sodap!

OK lah. Itu lah sedikit serba serbi hidangan BAKSO ini. Jemput ya!

Selain itu, hidangan masakan Indonesia yang terdapat sini ialah Set Ayam Penyet dan Pecal Lele. Sometimes ada juga customer minta Udang Penyet! Insya-Alla, kami dalam usaha menambah baikkan servis dan menambah juadah yang memuaskan anak tekak anda. Doa kan ye...kalau ada nak cadang pon cadang lah...I OK jek




Deretan yang menunggu sampai kemeja pesanan...

Terima kasih kepada sesiapa sudi berkunjung! Sila datang lagi ke Restoran Anika Selera. Sila klik ruang kanan untuk lebih lanjut.

No comments: