Friday, February 3, 2012

Tempat Cari Barang


OK, tiga barang saya nak share.


1) Projector stand.

Cadang nak beli yang macam ini. Inspirasi dari kedai makan lain. Hakikatnya ini bukan Projector Stand. Sebab zaman tuh barang yang bebetul tak buat lagi.



Contoh konon nak cari....macam ini...


Tapi saya beli yang macam ini sahaja...


Kepala macam atas ni...
Kaki macam ni...


Mana nak dapat tempat letak projektor?

Tuju lah Jalan Pasar (Electric & Electronic Street) di KL berdekatan dengan Time Square tuh. Senang sahaja ni. Cari sahaja Balai Bomba Jalan Pudu.Kamu tengok peta, bawah ni. Sampai lah kamu.


Nampak suasana macam ini selepas membelok...betul lah tempatnya.


Landmark mudah memang confirm kamu dekat Jalan Pasar - jumpa DARSON!

OK, stand macam saya beli ini kamu boleh dapat dalam price RM80 (lebih murah atau lebih mahal dari ini). Macam kes saya, asal jumpa terus grab jek! Sebab dah terjah 8kedai semua habis stok. Lagi pula esok-esok Cina-cina dah tutup kedai sebab CNY. Angkut je la mana jumpa, ye?

How about the parking? yang terdekat - RM4.50 sejam pertama, jam seterusnya tambah RM3.50. OK?
Dekat sini nak beli barang elektrik, set-set speaker kereta ke apa tah semua ada. Cuma nak rajin redah jek!

Update!

Macam ini lah rupa dia. (eh? tak sama langsung dengan bayangan aku cakap di atas!)


Projector Tripod Stand...
 
Selain beli projector stand, Beli industrial fan brand Lemax. Floor mounted punya. Boleh adjust-adjust.

Semua barang elektrik ada di Jalan Pasar. Tinggal rajin tak rajin je nak redah.


2) Ready made curtain

Boleh terjah kedai ini. (Oh aku lupa nama).

Price not so bad. Kalau sale lagi OK! Hahaha. Nak harap beli kain, upah jahit tentu mahal dah harganya. Kan?


Dengan rupa begini, dapat RM90 sepasang. Kalau tak sale RM130. So? 


 
Jangan tanya hal railing dekat atas tuh. Memang tak pasang rod lagi walau dah beli. (tiada siapa yang nak tolong drill kan)

Kedainya di dalam Giant Mall Kelana Jaya. Ground Floor.

Update!

Jumpa dah nama kedai nya...

OK, kunjung la waktu sale ye. Tak sale? Pon boleh juga kalau mahu....


3) Jubin

Ini pergi Kota Damansara. Macam nak pergi Gullam Mi. Berdepan dengannya ada kilang baru buka. Dia buat warehouse sale. boleh dapat RM1.30 sekeping. Yang lain-lain pun ado jugakkk...

Tak tau Gulam Mi mana? Cari la McD Kota Damansara. Kilang di betul-betul dekat Corner.
Jap ah cari resit. Apa nama kilang tuh....

.
.
.
.
.

Oh..OK. Jumpa resit.  Super Ceramic Tiles & Design Sdn Bhd.

Ini beli sana lah ni. 
(Cap Guocera)

Sekotak ada 15 keping! So nak beli pastikan area yang nak di tiles berapa luas ye!

OK lah. Kalau nak main Mix & Match, boleh main dekat sana juga!

Trimas!

No comments: