Friday, February 10, 2012

Suatu Pagi Dengan Ambulance Yang Tak Aci


Macam selalu pergi kerja. akan keluar jam 8.30pagi atau paling busuk lewat jam 8.45pagi.  Jarak dari rumah ke tempat kerja hanyalah dalam anggaran 8km. Boleh kata kalau bawa dengan kadar desupan kilat akan sampai di hadapan office dengan sepintas lalu macam Goku buat "gerakan sejenak" dalam cerita Dragom Ball.

OK, aku merepek. Tapi macam itu lah umpamanya. Tapi tak payah la ingat tempat kerja aku dekat aku senang sampai. Hakikatnya aku perlu menempuhi 3 lampu isyarat di mana lampu yang pertama yang mempunyai ciri-ciri isyarat gila. Gila laju dia merah. Aku ingat lepas 2-3 biji kereta je. Siapa yang setting lampu trafik nih ye? Hampes sungguh.

Jadi kalau ada can terpaksa rebut peluang dengan divert ke susur kiri, kemudian potong kanan terus (buat macam U-turn) terus masuk susur kiri tak payah tunggu lampu. Kau boleh bayang ke? Kau bayang sahajalah simpang 3 trafik light. T-Junction kan? Aku di kedudukan jam 6. Mahu terus menuju jam 12. Tapi mengelat terpaksa dari jam 6 elok ke jam 9 dengan hati-hati dan main curi-curi ayam bolos ke jam 12 dengan susah payah.

OK. aku tak nak explain. Sebab aku pening dah nak cerita hal trafic light yang 1st.


Amacam? lukis 2 minit pakai otoked? Malas nak adjust ni. Malap je rupa..
Laluan yang betul yang merah. Tapi lambat sangat kena buat kaedah laluan "pink" tuh...

Dah satu kerja buka entry mengumpat Van ambulans. ape ke hal nya?

OK, yang onarnya yang trafficlight ke 2. Memang tak aci. Serius. Aku kan lambat. Ya lah, faham, siapa suruh aku lambat kan? Itu tak mengapa. Yang rasa nak marah sikit ni, bila menuju traffic light ke 2 dari jauh aku nampak hijau. OK Cun. Bawa la si hijau aku dengan dedikasi. Lepas itu nak sampai-sampai je depan trafic light ke 2 ngam-ngam lampu dia dah kuning. Kuning tuh bersedia kan? Lagi pun aku dari jauh dah bawa halaju maintain. Aku nekad nak zasssssss je la sebab kuning bukan merah. 

Tau apa jadi?

Masa nak membuat libasan kanan tuh dan-dan tuh juga Ambulans dari sebelah kanan yang tunggu turn lampu hijau berbunyi. Hishhh! Tadi dia berhenti OK je, dan-dan aku nak belok bolek dia boleh pula buat bunyi sirens. Hampess sangat tau.

Kan saya ni kan dah tua kan. Kusss semangat sambil pusing streng sambil tekan minyak tapi tiba-tiba sirens bunyi terus Makcik ini mem-brek emergency. 3/4 bahagian kereta dah terjulur ke luar dik oi. Macam ibu-ibu bersalin dah keluar kepala baby tiba-tiba kene tahan? amacam? Ooooi! apa ni ambulance tak kelakar tau buat aku macam ini. Benci..benci...Dia elok je tadi berhenti. Sambil dalam van sengih-sengih.

Geraaamm!

Ambulans tersebut memang tak aci. Seb baik aku dah malu sebab terjulur. Sebab mamai-mamai nak buat apa, plus panic aku undur sahajalah kereta aku tanda mengalah.

Hmmm...tunggu lah saya turn menuju ke trafik light ke 3. Sampai macam biasa - tajam-tajam jam 9pagi! Yeayy!

Eh..memang geram la saya dengan ambulance tuh!


Tak aci! tak aci! tak aci!

* geram di pagi Jumaat.

No comments: