Thursday, February 9, 2012

Kadang-kadang rasa Macam Selongkar Poket Doraemon


Made in China! eh? Jepun? Korea?

OK, Aku malas nak scheduled entry. Sebab macam rasa tak penting. Nasib baik tak ramai yang baca, kalau ramai, mesti naik muntah + jelak sebab entry kalau datang secara bertubi-tubi macam syok sendiri konon ada yang tertunggu-tunggu.. Tapi kalau sekali blog diam bersawang...jangan cakap lah nak ada entry walau satu pun! Memang tak sempat langsung!

Lagi pun buat blog suka-suka. Saya klasifikasikan sebagai terapi. Hobi? Not so...but since saya rasa macam sunyi tak ada teman borak sangat, so why not saya share sahaja kepada sesiapa yang memerlukan. (eh? ada perlu ke??)
Tak apa lah.

Ni ha. Aku suka tau tengok barang-barang. Tak kisah lah apa-apa. Tapi barang made in China yang berbentuk "barang keperluan" selalu rasa weird dan buat aku terfikir  

"eh? barang macam ini pon ada?"

Kadang-kadang barang pelik-pelik. Contoh penyangkut. Berjenis-jenis penyangkut. Sampaikan boleh ada penyangkut khas untuk kasut? Kalau dulu aku rasa kalau nak sangkut kasut sekolah yang baru basuh orang sangkut je atas bucu pagar. Kalau tak ada pun pandai-pandai lah ye...

So..sempena ronda-ronda solo aku, aku tunjuk kat kau beberapa barang. Aku rasa macam nak snap semua tapi nampak sangat tah hape-hape aku. Beli tak. Membelek lebey!

Tapi mungkin bukan semua dari China. Ada dari Jepun. Entah. Hantam sahajalah!

Lokasi: Ground Floor, Giant Mall Kelana Jaya

OK, sebelum tengok barang harap kamu baca macam nada Doraemon time dia perkenalkan sesuatu barang dari poket. Boleh tak kau buat? Imagine? Apa? Kau tak tengok Doraemon masa kecil mu? Cehh! Memang tak geng aku kalau macam itu!


Barang 1- Pemegang barang supaya tak gelincir (??)

Ini macam pemegang lah. Bergetah. Macam boleh tempek dekat cermin macam penggantung Angry Bird ke Dadu sebagai hiasan kereta tuh. Tujuan bendalah tangan melekap ni macam pemegang handset ke apa. RM1.90. Jadi Makcik pun beli satu. Saja suka-suka. Tapi bila test dalam kereta? Tak jadi ponggg! Ke tak pandai pakai? Salah cara?

Barang 2 - Pasu Bunga Kena Isi Air Bagi Kembung Baru Boleh Guna...
OK, yang ini Makcik tak beli. Akak saja suka-suka nak snap. Eh Kejap Makcik kejap Akak. Macam nenek la kau ni Nozie! Grrr..Kamu just isi air dalam tiub pasu ni. Dia Kembang boleh membentuk rupa pasu, letak lah bunga. Erm..tak tau dia boleh tahan dengan kaktus ke tak. Kekekekke!


 Barang 3 - Plastik  Penjimat Ruang...


 OK,Ini kelihatan best. Boleh reduce kepada 75% penggunaan ruang! apa benar kah bagai dikata? Macam ini boleh lah beli banyak-banyak dan mampat-mampt masuk lori ke kereta ke time berpindah? boleh la masuk Toto gebar selimut jaket tebal bagai dalam ni? Kalau travel boleh la mampat-mampatkan lepas tuh balun masuk dalam beg. Beg nampak kecik tapi berat ya amat. Kemudian tau-tau sampai Airport tali beg putus? Hehehehee (Kau faham ke apa aku imagine nih??)


Barang 4 - Yang Berisi Boleh Ramping Cepat walau Sementara...




 Ini macam pun ada? Kelihatan macam untuk kegunaan emergency dikala mendapat jemputan berenang dari rakan-rakanyang tidak dijangkakan jek! Cara guna dia - kamu balut-balut part mana yang bagi shaping sikit. Pastuh siap! So pakai baju ke seluar yang agak sendat tiba-tiba nampak ukur-lilit dah kecik sikit. Macam tuh kot function dia ye? Apa tak berkuap ke berwap ke kulit bile memakainya nih?

 
Barang 5 - Barang Boleh Buat Bergaduh Dengan Adik Masa Kecil Dahulu...

 
Yang ini memang tak nafi. Barang ini boleh buat gaduh dengan Abangah sewaktu puluhan tahun dahulu. Ayat nak buat style kronik-kronik jek! Cakap sahajalah diwaktu saya kecil dahulu. Kan? Dulu-dulu seketul dah berapa Ringgit. Mana tak berebut nak main. Mana Abah dan Mama nak beli seorang satu? Baik buat belanja makan dengan sekolah. Lagi elok kan? Sekarang kau tengok harga dia berapa? RM6 jek? Cess!


Barang 6 - Sila Teka Sendiri....


Dapat teka tak? Apa? nak clue? Baiklah...

.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
V


 Got it?

* eh...saya beretika kan? :-P
* Macam-macam barang ah ada situ. Kau pergi tengok ah!


Sekian sahaja. Berjumpa lagi dengan Doraemon dilain waktu.

No comments: