Mula-mula nak kena try-try dulu. Kot rasa sedap pakai, tengok cermin muka tak bulat macam bulan penuh atau penyek-penyek boleh dikira macam melepasi had piawaian sendiri dah. Zap zap zap ambil!
Yang 2 layer? bertingkat? beropol? ohhhhh macam-macam ah tak daya nak tempek dah.
Banyak ah....
Lepas siap beli, Balik rumah.
Duduk memikir strategi pemasaran. Maklum lah, orang berniaga perlu lah tangkas. Jangan kuat mengencing orang, nanti orang tak suka. Selaku peniaga yang mencari rezeki, tabah hati dan redha adalah salah satu elemen penting dalam menyelusuri hari-hari. Berniaga tak boleh ajak ayam. I mean ajak-ajak ayam. Nanti kalau ayam datang, dia berak. Dah jadi hangat-hangat tahi ayam. Iltizam dan cekal hati adalah perlu.
Contoh-contoh design jualan...
OK, kene buat pengiklanan. Kaedah-kaedah biasa, kalau taknak makan banyak waktu biasa cari ceruk-ceruk bilik yang konon boleh buat back-ground. Kalau kreatif dan banyak ruang waktu boleh la ke taman-taman dan buat shoot ala-ala gambar orang kawen-kawen. (Ni saja ni, strategi menggoda hati sang pembeli dengan latar belakang cantik).
Kita try ye dik... Kepala OK, Labuh OK...amik lah!
(Ini teknik-teknik saya membeli la....kamu tak tau la macam mana...)
Macam-macam oh ada sekarang!
Yang kain cotton (jenis kain baju t-shirt tuh) & awning thai silk (apa betol aku panggil?
Yang jenis nipis licin-licin bermanik-manik? Cantik yo? Harga pun cantik juge....
Yang 2 layer? bertingkat? beropol? ohhhhh macam-macam ah tak daya nak tempek dah.
Banyak ah....
Lepas siap beli, Balik rumah.
Duduk memikir strategi pemasaran. Maklum lah, orang berniaga perlu lah tangkas. Jangan kuat mengencing orang, nanti orang tak suka. Selaku peniaga yang mencari rezeki, tabah hati dan redha adalah salah satu elemen penting dalam menyelusuri hari-hari. Berniaga tak boleh ajak ayam. I mean ajak-ajak ayam. Nanti kalau ayam datang, dia berak. Dah jadi hangat-hangat tahi ayam. Iltizam dan cekal hati adalah perlu.
Contoh-contoh design jualan...
Adakah memenuhi sang pemandang maya yang tak dapat melihat dan merasa dengan nyata?
OK, kene buat pengiklanan. Kaedah-kaedah biasa, kalau taknak makan banyak waktu biasa cari ceruk-ceruk bilik yang konon boleh buat back-ground. Kalau kreatif dan banyak ruang waktu boleh la ke taman-taman dan buat shoot ala-ala gambar orang kawen-kawen. (Ni saja ni, strategi menggoda hati sang pembeli dengan latar belakang cantik).
Atau perlukah muka-muka menghiasi untuk meyakinkan pembeli bahawa awning tak bulat kemik. Kain duduk diam. Labuh pula mencapai piawaian pemakai. Lepas itu tidak senteng di belakang atau sebagainya? Macam atas nih.
(jangan lupa berikan KOD untuk setiap produk ya!)
Atau buat kombinasi sikit-sikit tapi nampak macam tak jelas di mata pembeli. Macam ini?
OK, ni duduk dalam bilik. Port habis cantik konon-konon part ini sahaja. Part ni yang susah ni. Nak kena buat muka paling ayu cun supaya sang pembeli tertarik. Isk...strategi ini dikira strategi menggoda juga. Kadang-kadang pelihat melihat sang pemakai sweet comel-comel cute, beliau akan terus tertarik membeli. Cuba yang penjual muka macam kena kapak kelat selebet. Mesti macam turun sikit peratusan pengaruh suruh orang beli. Kan? Baik ngaku!
Contoh macam buat muka sememeh & pakai sememeh macam ini. ada mood tak orang nak beli? Hahahaha! |
OK, cadangan lain. Patut tak patut tutup sebagian muka si pemakai supaya tak buat pembeli terkesima dengan kecomelan wajah tapi membeli sebab kecantikan tudung itu sendiri? Kira tiada anasir-anasir luar yang mungkin meruntuh jiwa dan penipuan terjadi tatkala pesanan sampai ke dalam tangan pembeli.
Contoh muka buat-buat comel yang berminyak-minyak...? |
Atau muka macam "muka bersalah dan identiti dirahsiakan"?
|
Itu baru selsai hal nak muka paling swet macam mana. Yang payah asyik duduk terteleng-teleng shoot gambar sendiri. Asal rasa macam tak comel, delete. Dah kalau semua rasa semua tak comel kemudian delete..apa kekdahnya kau nak menjual? Promosi bagai nih? :-P.
Ambik pula gambar pakai handset murah. Lepas itu kalau sesiapa yang rajin boleh la edit-edit muka bagi suci sikit dari jerawat dan jeragat ke apa.
Pastuh kena buat harga jualan berapa pula. Kang mark-up la sikit-sikit atau dapatkan deal yang terbaik dari pembekal. ececececec!
Lepas itu, kena la meng-create satu official email bagi memudahkan pengurusan dan penjualan tetudung tersebut. So, sebagai owner kena lah alert dengan peng-order-an pelanggan. Jangan miss! Sebab kamu mempengaruhi mood pembeli terhadap produk kamu. Nanti kau lupa...lupa...lupa...dia banned barang ko! Nak? Sebab itu berniaga kena komited.
Kena uruskan penghantaran. Sama ada secara tangan ke tangan atau pos. Macam aku, mungkin prefer tangan ke tangan bertentangan muka bagai. Sebab nak tengok kadar ekspresi kepuasan pelanggan. Harap-harap tiada macam tak sayang mulut. Kalau tak I nangis U...eh..apa pasal nangis? ni cabaran wehh!
Itu dari segi sang penjual. Karenah pembeli jangan dikata lah. Macam-macam ragam juga ada. Cancel last minute? tak mengaku order? Lupa bayar? Buat-buat tak paham bayar lagi separuh? Pemfitnahan (ada ke orang ada masa nak fitnah-fitnah sabotaj nih?) Macam-macam ah..
Sebenarnya post ini aku dah tak ingat nak type apa. Sebab dikarang seawal 13 tahun nan lalu.. Jadi bawah ni semua merepek-merepek. Waduh! Gambar pun ambil dari kamera henset jek.
Nampak macam gigih je buat. Sebebanrnya ni dari tahun lepas daa....
Sebenarnya semua tudung yang sama style je nampak ni adalah hadiah nak bagi kat setiap pekerja wanita...
Aku salute la siapa2 yang jual-jual online. Nak ambik gambar. Nak buat mukacomei, nak buat penghantaran, nak track payment, nak cari supplier, nak edit gambar...fuhhhh..tak terbayang. Dah ahh
End sini ah eh?
* dikarang bukan untuk menjual...tapi duduk fikir yang berniaga online ni berapa banyak komited dia perlukan untuk luaskan pasaran...kalau rangkaian rakan-rakan ada seluruh pelusuk negeri tak apa. Kalau macam saya kawan 2-3 jemput je?
* ni musim-musim saya dilanda tudung ekspress. Semua dari gara-gara meng-upgrade tudung-tudung Mama. Last-last I terpengaruh? Sebab kan tudung-tudung ni, habis tudung bawal aku lipat simpan diam-diam..
"OK, saya akan stop beli..."
(eh...apsal warna macam nak sama-sama jek? tak apa...boleh pinjam yang Mama punya...hahahaha)
* memang terpengaruh dah aku ni. Agak addicted membeli tudung Mama tiap2 minggu! (eh..sekali dengan tudung aku la nih!)
p/s: TAPI kan...sesiapa yang berminat nak minta saya tolong belikan sikit-sikit buat pakai, boleh jek..kalau mahu. Serius nihhh... Boleh la kita berjumpa-jumpaan dan berkawan-kawanan, kan? Amacam?
No comments:
Post a Comment