Ehem...
Mula-mula tatap lah kalau mahu.
OK. Dah faham kenapa saya membelinya?
Tak faham tak apa. Saya nak bagitahu. Sila ambil perhatian. Chewwwaahh!
Lepas itu sebab takut kena "tenyeh" dengan Mama...saya duduk diam-diam.
Bila jumpa Mama dekat kedai, terus terbuka mulut. Mana tahan menyimpan rahsia begini. :-P. Oh jangan kau cakap aku mulut tempayan, cuma rasa tak sedap hati nak main selindung-selindung sahaja.
Bila jumpa Mama dekat kedai, terus terbuka mulut. Mana tahan menyimpan rahsia begini. :-P. Oh jangan kau cakap aku mulut tempayan, cuma rasa tak sedap hati nak main selindung-selindung sahaja.
"Kak Long beli karpet...."
Mama tanya ...
"Berapa ni beli?"
"Adalahh..."
"ye la, berapa...adalah tuh berapa...?"
"Ala...adalah...murah je. Beli sebab cantik.."
Pastuh sembang-sembang. Then Mama cakap
"Nah ambik duit. Beli Fries 3, kacang campur 10, laici 10 tin, Susu teapot pilihan 2 katon."
Aku mesti la akur macam selalu. Lagi bahagia sepanjang minggu cuti Raya Cina. Sakan I tauu! Berjalan meround sahaja. So memang ke sana sini lah memberi dan mengusha barangan. So kamu tahu lah kenapa saya boleh terbeli-beli barangan, kan? Faham kan kenapa? Hahahha!
Patut aku kerja sahaja tiap-tiap hari. Baru lah poket menjadi tebal-tebal (sikit?). Bukan nya belum apa-apa lagi tau-tau dah nipis itu wallet hijau.
Lepas itu apabila selepas Maghrib, sampai la saya ke Kelana Jaya semula bersekali dengan barang-barang pesanan Mama. Macam biasa akan mengeluarkan duit dari poket beg. Duit baki belian bersekali dengan resit. Mesti la bersifat jujur amanah fatonah bagai kan? Dah orang beri kepercayaan beli barang. Hehehehe
Pappp! letak resit atas meja.Tunjuk Mama.Bergumpal-gumpal.
Dannnnnnnn...
"Ni apa dia? Tak sayang duit ke beli?"
"Adei.."
Tekulat-kulat senyum. Tembelang pecah suda tak sampai pun 24jam. Tak sampai pun 12jam! 6jam pun macam tak sampai!
* Kantoi resit beli carpet!
* Memang selalu kalau main selindung-selindung Mama mesti tahu! Mama kan Mama saya? Mesti lah bole "cium" "bau" anak nya, Ye tak?
"Tahu lah baru dapat bonus...simpan-simpan lah...."
* Saya bukan senang nak membeli barang kalau betol tak berapa nak. Sebenarnya tak mahal mana pun..tapi sebab suka-suka main nego-nego time teman Abah ambil kaca mata...tiba-tiba boleh pula penjual setuju, lepas itu fikir-fikir akal macam boleh terima, terus la ambil. Alang-alang suka.
No comments:
Post a Comment