Tuesday, February 21, 2012

Terbang Jauh: Mungkin Perjumpaan Terakhir untuk Tahun Ini..


Pagi itu. Sangat baik. Kena jumpa. Mesti. Harus. Memang patut pun. (berapa ayat yang sama maksud kau nak pakai nih? nak kena lepuk?) Sebab dia akan pergi jauh pada tahun ini. Selama setahun. Memang lah kejap, tapi jauh. Memang lah tak kerap jumpa, tapi perasaan mahu meluangkan masa bersama tentu lah ada. Insya-Allah, peluang itu mungkin berulang. 

Shu akan meninggalkan kami yang bertaraf GFF. Tinggalkan yang lain-lain. Yang lagi penting dan touching sebab meninggalkan anak yang comel, suami yang setia, keluarga yang disayangi di sini- Malaysia.

Tapi memang dasar kami, kalau plan mesti tak jadi. Ada sahaja aral melintang lah apa. Perjumpaan laju-laju diwaktu makan tengah hari terpaksa dilupakan untuk memberi laluan kepada urusan kerja yang lagi penting. Lagipun jumpa waktu yang singkat sangat menyesakkan dada kan? Sebab tak puas jumpa tambah-tambah dalam kepala duduk melintas macam-macam hal kerja perlu diuruskan. Mana nak buka mulut makan, mana nak buka mulut buka cerita, mana nak gelak. Mana lah comel perbuatan bercakap-cakap sambil makan penuh mulut kan? Kita bukan sweet 15 lagi. Kita dah gorgeous young ladies. Ewwahh! Taknak tuh state umur. Kekekekekeh!

Jumpa malam? Macam-macam hal sekarang ni. Keadaan kami bukan macam zaman kami bujang-bujangan dulu. Eh..padahal baru 2 orang sahaja dari kami yang sudah naiktaraf status kepada "Kahwin". So faham-faham sahajalah. Yang tak bujang pun buat-buat lah macam kahwin juga, kan?

Apa pasal ha ayat yang keluar semua macam ni dari atas sampai bawah ah? Kamu nampak tak nada dia? iskk

Ah next. 

Next day, pagi-pagi hari Shu da mesej kami-kami yang bajet gorgeous ajak kami jumpa. Terus set-set masa. After working hours baru jumpa. Haruslah ikut waktu office hour aku kan? yang balik jam 6petang itu. Dekat mana jumpa? Haruslah terpaling dekat dan mudah dicapai -CITTA Mall. 

Aku memang suka jumpa kawan. Kawan-kawan aku yang memang ada beberapa kerat ini. Seingat aku,  dari tahun lepas sehingga ke saat ini, kami cuma sempat kumpul berempat sebanyak 2 kali sahaja. Kasihan. Macam tak nak kawan sahaja kan? Hahahah! Tak apa, biar jauh, biar jarang tapi wangi. Ewwaahh!

Sebab jumpa petang, habis pulun semua waktu buka cerita itu ini. Gelak sana sini. Buka cerita zaman sekolah. Buka cerita happy. Buka cerita sedih. Buka cerita kantoi dengan cikgu. Sebab kantoi lah kami jadi wakil "ahli mural sekolah" conteng dinding SMK SS 17. Tak tahu lah sekarang contengan itu kekal macamlakaran purba didinding atau sudah ditukar untuk memberi nafas baru. Kalau kekal? Ehhh...I terharu U...menggamit memori!

Ah macam-macam lagi. Ada antara kami boleh ingat setiap momen dengan terperinci. Tak kurang juga bila buka cerita kita rasa kita macam tak ada dalam suasana tersebut padahal memang ada je. Rasa macam...

 "eh? aku ada ke masa tuh? apa pasal tak ingat?". 

Gila rasa macam lupa ingatan. Rasa macam tak tahu-menahu pun! Ceit!
 
Hahahah

Memang waktu jumpa ini pendek juga. Tak sampai pun 2 jam. Tapi penting. Sebab time jumpa-jumpa ini lah masing-masing update apa patut. Buat lawak selari dengan topik sambil recall memori ngok ngek zaman sekolah. Sebenarnya bukan semua itu yang penting yang penting hubungan silaturrahim yang terjalin itu. Harap tak putus dunia akhirat.

And now..Shu dah selamat terbang sampai di bumi kangkaroo. Dah seminggu dah sampainya pun. Nanti boleh lah kau makan rendang kanggaroo eh Shu? Peluk-peluk koala. Makan buah yang tak jumpa dekat Malaysia. Lepas tuh share gambar dengan kami-kami. hahhaa. 

OK, Dia pergi bukan untuk suka-suka, tetapi pergi dengan menggalas tanggungjawap sebagai pelajar di sana. Membawa pergi diri yang sarat bebanan rindu. Rindu dengan orang yang tersayang yang berpuluh ribu baru jauhnya. Yang tak dapat dipeluk cium tahun ini.

Raya pun di sana lah kan? Mesti touching habis. Nanti kena la rajin face-time pakai skype ke 3G ke dengan Raisha dan Roslim serta Keluarga kau. Melepaskan bebanan rindu...

Tahun ini, kalau ada antara kami yang upgrade diri jadi "isteri" tak dapat kau bertandang. Tapi tak apa. Kami faham. Kami doakan kesejahteraan kau di sana. Tapi tolong lah hantar kanggaroo ke koala ke apa tah kat kami ni... T_____T


* Kita dah lama tak ambil gambar sesama kan? Yang last pun tak sempat gambar sebab balik terkocoh-kocoh..but ini antara sweet moments yang kita miliki.
* Makan hari itu semua big portion. Zue je makan ringan....lain-lain semua tak koman...
* Entry ini bersifat "redundant"...cakap berulang macam minta untuk dilepuk!

1 comment:

shuhada said...

kita slalu lupa nak amik gmbr, geram aku...