Let me see. Apa nak cakap. Walau tak ada orang dengar aku nak cakap juga. Tak apa. Jap tengok himpunan gambar dalam HP apa yang aku snap sepanjang cuti.
Ni tajuk entry tiada lagi. Nampak sangat macam tiada planning dan sedang bergoyang kaki.
OK. Move. Jumpa dah nak cerita apa. Dah type dah apa title entry.
Pergi Digital Mall laju-laju. Tujuan satu sahaja. Cari Broadband. Mobile broadband. Dongle.
Cadang niat di hati nak shoot Dongle keluaran "U" atau "P" atau mungkin "Y". "C" tolak tepi lah. Abangah dah guna. So far boleh lah. Yang "M" entah. Tak nak la aku!
Tujuan aku choose keluaran selain "C" ialah untuk mendapat lebih perhatian dah kasih sayang dalam liputan kawasan dan kelajuan. Kalau ramai-ramai asyik kerumun "C" maka limpahan kasih sayang berkurangan dan aku rasa terpencil dan bengang nanti.
So...mari kita cuba ini...
Masuk-masuK terus terjah kiosk nya...
Ingat nak ambil package paling cikai - RM48 (ini je kan harga terpaling murah yang ditawarkan oleh setiap operator komunikasi kan?
So...fikir-fikir RM48 dapar 2GB, maka sebab offer...Aku pilih RM68 punya dengan 5GB. OK lah kan? Offer nya 5bulan pertama bayar RM48 sahaja. Bulan seterusnya baru bayar RM68. Kalau tak syok, boleh upgrade-downgrade. So sebab main mengelat, nanti bulan ke 6 aku tukar lah nak package RM48 (kalau nak bajet lah), OK ke tak buat cam tuh eh? Hahahaha
Lepas tuh biasa la sekarang, banyak offer without contract. So suka hati terminate lah ye? Fee registration RM100 aje ha...
Lepas tuh body Dongle ni kalau nak masuk sim-card broadband cap lain pong boley jek..
* So kita tengok prestasi Prestasi Broadband U-Mobile ni nanti ye?
* Aku masuk Digital Mall tak sampai 20minit kot?
Sehingga bertemu dilain waktu dan ketika.
Berhenti Penuh. Full-stop!
No comments:
Post a Comment