Friday, February 17, 2012

Eh? Hari Tu ada Janji Nak Cerita Hal Mozek kan?


Ada cerita kan pasal step pasang tile/mozek/jubin kan?

Hari tuh main WW je. So today mari saya cerita panjang. Memandangkan macam ada guna/info sikit, baik kongsi. Mana tau rakan-rakan kat luar sedang sibuk-sibuk nak cari pasang mozek kan?

Meh saya bagi tahu. Sebenarnya saya tak sesekali mencuba memasang jubin sendiri. Walau dah baca tutorial. Tak berani juga. Lain lah cat lantai. Saya berani buat. Pasang jubin ni risiko dia tinggi sangat tak jadi dengan tangan saya ini. Jadi dari jadi sang tikus comel gendut yang membaiki labu, ada eloknya kita bagi kepada yang arif buat. Hanya jauhari mengenal manikam. (eh?)



Lantai parket aku berani lah..

So? Meh tengok mereka buat. Lepas tuh baru promo kat korang ye. Bilik ini kecil sahaja. Dalam 16'x10' macam itu sahaja.


Punggah-punggah barang keluar bilik


 Lepas bersih-bersih, ketok-ketok lantai.... dengan tukul je. Berhabuk satu bilik juga...

Lepas itu tanda la dengan tali berdakwat/berwarna dekat lantai dulu as a guideline...




 Moh le kita mula menempatkan mozek kita itu. Gunakan semua alatan yang sepatutnya termasuk la Aras spirit untuk keseimbangan.

Sampai siap...eh..nak dekat 8jam juga buat benda ni ye? Kalau depa 8jam, aku? 8tahun? 8bulan? 8 minggu? tak mungkin 8minit. Saat apatah lagi...


Buat kemasan...tempek-tempek...


Penyudah...Nasib baik aku tak buat sendiri. Aku pemotong jubin pun tiada! Memang cari pasal!

Siap! Yang tepi-tepi tuh nanti eden cat la sendiri. Cat lupo beli eh...


Alhamdulillah. Selamat suda salah satu perancangan.

Overall. Saya puas hati. Modal barang semua saya keluarkan sendiri. Mereka bawa alatan dan buatkan sahaja. Kira bayar upah sahaja.

Secara keseluruhan:

1) Jubin 160keping = roughly RM230

2) Simen = Rate dalam RM14.90 - RM16 seguni 25kg. 

* Saya pakai 5guni untuk bilik ini. Ya puan-puan dan tuan-tuan. Sepatutnya jika saiz sebesar ini perlu 3guni sahaja. Tetapi sebab bilik ini agak tidak sekata (melandai menurun, jadi part tengah-tengah bilik kene tempek banyak simen untuk selaraskan permukaan.

3) Cement Gum = Rate dalam RM10 - RM12 sepeket.

* Yang ini pakai 1 jek!

4) Oh! kaki pintu bilik kene potong sikit akibat dari ketinggian pemasangan mozek. Pintu tersekat nak tutup.

5) Cuma membayar upah pasang sahaja. Kemudian standard lah, pandai-pandai lah tuan rumah beli makanan ke, buat air siap ke teh o ais ke. And then sebab saya tau mereka duduk mana, jadi saya jemput pergi balik diorang. Dekat sahaja lah. Bukan apa, mereka ini mat-mat indon, kot-kot la depa "kosong" dah kena tangkap pula nanti kan...

Ada sesiapa berminat nak ambil mereka sebagai upahan? Boleh la email or leave comment. Bukan business saya. Tiada keuntungan saya pun cuma untungnya saya boleh berkongsi dengan anda mana nak cari sang pemasang jubin yang agak mampu kita bayar sesuai dengan budget. Insya-Allah. Upah tu patut-patu la ye. Jangan nak naya orang pula. Pasang nak banyak, nak cantik tapi bagi upah alahai macam boleh menangis si penerima susah la kan? 

Macam saya, saya bayar upah yang telah mereka persetujui selepas meng-review rumah saya dahulu.

* OK, sementara mereka buat kerja mereka aku buat apa? - cabut rumput, tengok TV. Aku seorang je kat umah ooii! Takut juga tapi gamble lah. Dah tiada siapa nak teman. Kucing pun takde! T_________T

* Upah + beli barang tak sampai pun 1K lagi. Even kurang from that. Nego la ye?

2 comments:

Anonymous said...

salam.nk tny sis upah diorg kira cmne ye?plan nk psg jubin jgk kat yard dpur.klu blh share info & bg contact no pekerja tersebut & dok area mana..a lot of thanks..

Azira...Nozie...Kechik said...

waalaikumussalam...mintak maaf la lambat reply...blog ni tak diendah dah sejak 2-3 menjak ni.

Saya rumah area shah alam. Awak bincang dengan dia ye...cakap barang siap beli..tinggal upah sahaja..

Mungkin kena ada tolerate dalam pengangkutan kot..sbb orang nya indon..buat kerja sendiri sahaja...

contact no nih: Sumadi - 016-3214025

harap dapat bantu.

Terima kasih