Friday, October 29, 2010

Mungkin Sama, Tapi Tak Serupa?

Itu katak...
itu kodok...

Itu itik...
Itu angsa...

Itu halia...
Itu lengkuas...

Itu rama-rama...
Itu kupu-kupu...

Itu sawi...
Itu kailan...

Itu lalat...
Itu langau...

Itu kamu...
Itu dia...
Itu mereka...
Itu kita...
Itu Aku...

Ya anak-anak...salam Jumaat yang penuh barakah untuk kamu-kamu semua ya...Insya-Allah

Hari ini kita belajar tentang sama tapi tidak serupa ya...

Cekgu-cekgu...kenapa cikgu mahu ajar kami tentang ini nih? Best ke?

Oh! cikgu bukan mahu mengajar...tapi mahu membertahu sahaja...

OK..OK..saya SERIUS sekarang (kena buat muka garang kerut-kerut tanda serius!)

Saintis cakap...

"Kajian sains menunjukkan wujud persamaan hampir 98 peratus antara manusia dan cimpanzi"

JADI...

Kamu-kamu setuju ke jika orang memanggil kamu cipanzi? adakah kamu berasa bangga dengan panggilan itu? Kamu tak berkecil-hati kah dipanggil sebegitu? Apa yang berada di dalam fikiran kamu sewaktu panggilan itu ditujukan pada kamu??

Suka? tidak kan? (siapa suka angkat jari manis kaki! :-P)

Begitu juga dengan soal kepuasan. Bercakap dengan kepuasan...manusia memang tak pernah puas...TIDAK akan pernah puas...sebab itu lah wujudnya sifat membanding-banding antara sedar dengan tidak...

Ya lah kan...contohnya kamu seorang surirumah (atau mungkin bekerjaya)...jika kamu ke pasar/pasaraya...tabiat yang biasa kita lihat...MESTI mahu membanding-bandingkan harga dan kalau boleh mahu yang terpaling murah..terpaling bagus... (jika berduit...kisahnya lain...jika tidak berapa berduet..lain kisahnya pulakkk)

TAPI! bolehkah kita mendapatkan yang terpaling bagus itu dengan harga terpaling murah? Ada benarkah mendapatkan sesuatu yang mahal itu merupakan yang terpaling bagus? Bila sudah bagus...sebagus mana pula benda nya itu? Adakah kita berpuas hati? atau masih tercari-cari yang lebih bagus dari yang bagus ini pula?

Kadang-kadang, bila sudah jumpa yang bagus...kita masih lagi terbelek-belek untuk mencari apakah kesalahan/kekurangan/kecacatan/ kecelaan yang terbagus tuh pulak!

Kenapa macam tuh eh?

UNTUK KEPUASAN...

Itu lah kisahnya...

Kadang-kadang sampai tidak tahu apabendalah yang dicari?janji PUAS!...

Isk...isk...isk...

Nasib baiklah yang kamu pilih tuh baju (atau seumpamanya)! baju tuh tidak berperasaan...jika kamu tidak berapa seronok dengan nya...kamu boleh gantikan nya tanpa perlu berfikir-fikir perasaan di pihak nya...kamu tak payah nak fikir dia terguris ke apa kan?dia tidak akan berkecil hati jika kau tidak puas dengan nya...apatah lagi menangis kerana terhiris perasaan. (Weh! kau boleh imagine muka baju tuh kalau bersedih? cuba imagine..mesti comel agaknya..ye?hehehehe)

TAPI! jika kamu berfikir tentang perasaan baju tuh...kamu...kamu...errr...macam memiliki banyak masa lah! i JELES tau!...macam dah takde benda lain nak fikirkan...kamu mungkin terlalu sensitif juga! Tapi percayalah...sedikit pun baju itu tak terjejas..apatah lagi kecewa atau patah hati! PERCAYA lah!

Apa kau merepek ni Nozie ooiii! terbelit-belit macam "K*L*NG"...

Yo la...yo la...maafkan den..otak den berselirat...ampunnn...

OK lah...OK lah...

Itu cerita baju...bukan benda hidup...tiada perasaan

TAPI! bagaimana pula dengan benda hidup? (OOPS! bukan dengan kucing kamu atau seumpamanya OK...mereka tidak boleh berkata-kata..tapi comel)...maksud saya sesama manusia. Ya...Manusia itu kompleks...yang penuh dengan perasaan...yang berselirat dengan pelbagai perseliratan yang selirat (?)...

Membanding-bandingkan manusia cabarannya pastilah tak sama dengan membanding sehelai baju (atau seumpamanya)...malah semakin rumit kadang-kadang!

OK!OK!

Saya faham sekarang...kamu membanding-bandingkan sebab kamu berhati-hati eh? OK...berhati-hati itu bagus..tapi membanding-banding sehingga mengguris perasaan itu baguskah? Tak boleh ke jika kamu tidak membanding-banding kan secara terang-terang tanpa mengguriskan hati? Maksudnya berhati-hati dalam diam, beringat untuk diri sendiri...sudah lah...kamu boleh memilih untuk berlalu pergi atau menolong untuk memperbaiki...lagi baik, bukan? atau rasa tidak mampu, elok kamu berdiam dan berdoa untuk nya sahaja...itu aje yang kamu mampu...nak buat macam mana? Kemampuan kamu setakat itu sahaja...bukan kamu tak mencuba, kan?

Saya juga tahu dan faham...membanding-banding tuh demi kebaikan juga...ye tak?

Itu lah...

Saya cakap...

Berurusan dengan benda, mudah
Berurusan dengan manusia, mungkin susah..banyak hal..banyak gayanya...

Jadi, hargailah perasaan seseorang itu, sepertimana kamu mahu orang menghargai kamu...membanding itu tidak salah..tapi CARA mungkin salah...

Umpama kamu membandingkan orang yang pandai dengan tidak pandai...kamu memanggil yang tidak pandai itu "BODOH"...adakah bermaksud dia tiada perasaan? walau pun dia kelihatan tersengih-sengih mendengar panggilan tersebut...Adakah kamu terfikir perasaannya sewaktu menerima panggilan "BODOH" itu?

Sepatutnya, dari kamu memanggil nya bodoh (atau seumpamanya)...adalah lebih baik kamu menolongnya untuk menjadikan dia "sedikit pandai" atau "pandai"...itu lebih bermakna dan berfaedah, bukan? kau pun dapat pahala..tak gitu?

Walaupun hasilnya mungkin tidak mencapat tahap yang kamu inginkan, tapi sekurang-kurangnya kamu tahu dia berusaha..dan keupayaan yang dicapai adalah setakat itu sahaja...tidak boleh kah kamu menghargai usaha dan keupayaaannya untuk mencapai yang kamu mahu? jika mahu lebih lagi..mungkin lebih masa diperlukan..

Yang penting- SABAR...

Mana mungkin kamu mahu dia bertukar menjadi orang lain? Dia tetap dirinya...

JADI, jika kamu menginginkan sesuatu yang terbaik dari yang sesuatu itu, tap kamu tidak mempelohinya, janganlah kamu bersedih hati, cubalah cari keistimewaan yang terdapat padanya...jika masih tiada istimewa, mungkin kamu harus berfikir sama ada mahu menggantikannya dengan lebih bagus...atau terus menyimpannya...terpulang...

Jika kamu masih mahu menerima seadanya...tentulah dia amat berbesar hati dan terharu...

Jika kamu tidak lagi mahu menyimpannya, anggap lah tiada rezeki buat kamu..terima hakikat...apa boleh buat...kamu mencari sesuatu yang SEMPURNA...dia pula mencuba menjadi sesempurna yang dimahu...tapi gagal...salahkah dia?

Adakah menjadi sempurna itu mampu memberikan kegembiraan yang sempurna kepada seseorang itu? Sejauh manakah yang dipanggil sempurna itu?

Apa lagi yang kamu cari dan mahukan? atau kamu mungkin terpengaruh dengan kisah silam atau mendengar cerita dari orang lain..lalu terus trauma?

Jika masa silam kamu kurang bernasib baik, ambillah iktibar darinya...jadikan pedoman...ketahuilah...kamu yang terpilih untuk melaluinya...Allah masih sayang kamu...sebab itu diuji kamu...mungkin sekarang kamu terleka dan lalai padaNYA...Mungkin juga Allah mahu memberikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya? Tidak kah beruntung namanya?

Jika kamu masih trauma, berilah peluang pada diri kamu, kamu berfikirlah..kamu bersedia atau tidak...mahu atau tidak mahu...jangan lah kamu dibelenggu trauma kamu...lalu menyamakan terus sesuatu itu tanpa menilai dan melaluinya terlebih dahulu...

Mengapa perlu menghukum sesuatu yang kamu belum pasti? jika masih takut...masih risau...carilah kekuatan dan keyakinan itu..dan tidak lupa, KEPERCAYAAN

Jika orang lain boleh memberikan peluang kedua buat kamu, mengapa kamu tidak boleh memberikan peluang yang sama pada orang lain?

* Okeh kau! bekerut-kerut muka aku..sebab nak serius punya pasal...aku nih bukan boleh buat serius...terkerut2


No comments: