Thursday, October 14, 2010

Tidak Elok Memutuskan Silaturrahim..

Assalamualaikum sekelian..

Alhamdulillah...dapat kite bertemu pada kali ini dengan fizikal yang sehat, rohani & jasmani yang segar..Insyaallah...Semoga kite semua diberkati & dirahmati selalu ye.. :-)

Okeh...seperti ustazah2 pula..isk..padahal bukan langsung..malah tidak layak langsung..ilmu cetek...tapi takpe...

" Sampaikan lah walau sepotong ayat.."

(ok..blah jap...buat kije yang perlu diutamakan)

-
-
-
-

Sambung balik! (jap 12:12pm)

Eh?eh?tajuk ni nampak serius kan?

Ye..ye..memang serius..

Silaturrahim...maknanya melibatkan orang..melibatkan hati..
Besar juga pikulan nya...

Mengapa?

Jika kamu berbuat dosa kepada Allah..cth: meninggalkan solat, tidak berpuasa dan seumpamanya...kamu perlu meminta keampunan dari Allah saja..dan kita tahu ..Dia akan memaafkan kita kerana DIA maha pengampun & penyayang..CUMA jangan la kamu bermain-main..perlulah TAUBAT..kalau tidak bersungguh DIA pon tahu hati kamu itu! macama mana mahu keampunan??

OKEH! kesimpulan...jika kamu bersalah kepada NYA, kamu HANYA memohon ampun padanya..


TAPI! bagaimana pula jika hubungan kamu sesama manusia?? Manusia itu ramai..tak terbilang mungkin...maka hati yang tersemat nya rasa tidak enak bukan juga sedikit angkanya..mestilah banyak

Jadi?bagaimana hubungan kamu sesama manusia?adakah elok?atau tidak?

Jgn pulak ko cakap "Eh?ko ape kesah?tuh aku punya hal..dosa pon lain2..ade tecabut jari ko ke?"

Tak..tak..tak..

Sekarang lapangkan fikiran & berfikir...

Kenapa topik saye kelihatan begini nih? macam mane nak fun?hahahaha..

Okeh..okeh...kite buat 1 situasi budak2 (atau kebudak-budakan?)

Kamu berkawan dengan kawan kamu...kamu kenal dia..dia kenal kamu...
Tiba2 pada suatu hari kawan kamu tidak menegur kamu
Malah menjauhkan diri dari kamu

Puas kamu berfikir apa silap nya..
Tapi kamu tidak tahu

Kamu juga telah cuba bertanya..tapi hampa...tak layan kamu pon

Rupa-rupa nya selidik punya selidik..

Rakan kamu terkecil hati, terguris perasaan yang amat dalam..

JAdi?akibatnya..dia membenci kamu..

Kamu meminta maaf berkali2...tapi dia sejuk beku...menghukum kamu...malah seperti meng-anti kamu..malah tidak menunjukkan kesan berbaik2 pon...

Malah jika kamu seopis umpamanya..jika dia ke surau...then kamu masuk..dia terus cepat2 keluar dari surau dengan tergesa2 kerana menyampah melihat kamu

Kamu ke pantry, dia terus berlalu pergi malah terus tak menghabiskan makanan..

Pendek kata...dia mana kamu berada...dia takkan berada..

Kamu berkali2 memohon maaf..tapi kelihatan macam tak dimaafkan pun...

So...dalam situasi budak2 kat atas nih...kite nampak..sebenarnya yang bersalah adalah ke-dua-dua nya, seorang telah menyinggung perasaan, seorang pulak menjauhkan diri kerana tidak boleh menerima sesuatu, tetapi tidak memberitahu perkara sebenar apa yang tidak dipuaskan sehingga meninggalkan kawan yang 1 lagi tertanya..maka isu nya berpanjangan..meleret2..mungkin berhari2 atau bertahun2? siapa tahu?

Akhirnya..hubungan terputus begitu saje..

Jadi..saye ambil petikan dari yang berilmu, www.zaharuddin.net

" Nabi sebut : " Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih dari tiga hari, maka jika telah berlalu tiga hari itu, hendaklah dia bertemu dengannya dan memberi salam kepadanya. Jika saudaranya menjawabsalamnya, maka kedua-duanya akan sama-sama memperoleh pahala. Jika dia tidak menjawab salamnya, nescaya dia akan menanggung dosanya sedangkan yang memberi salam itu sudah terlepas dari dosa tidak bertegur sapa itu" ( Riwayat Abu Daud , riwayat dari abu daud ini dhoif tetapi terdapat riwayat sohih dari al-bukhari )

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

Nabi juga sebut : " Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : "Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya" ( Al-Bukhari 4/112 )

Nabi juga sebut : Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi " ( al-Bukhari)

Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum 3 hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kpd beberapa peristiwa 3 org sahabat yg cicir di Tabuk di boikot lebih 40 hari, Nabi dan isteri baginda, dan beberapa org sahabat lagi. (rujuk al-Halal wal haram fil islam)"

HA! sape zaman2 sekolah dulu...bile ade kwn gaduh2...ade kawan kite yang lain yang baik hati cakap "aiyok!.tak elok tahu..gaduh2 lama2 lebey dari 3 ari...berdosa tahu!"

Kan betul tuh..

Sekian dari saya, jadi kepada sesiapa yang mengalami masalah silaturrahim, buka kan hati, buka minda, muhasabah diri...kita semua tak terlepas dari dosa..

Jika masih ada yang belum bermaaf-maafan, sila la pohon..tidak perlu hari raya..setiap hari adalah berharga

Mohon lah kemaafan dari ibu bapa mu...
Saudara2 mu..
Rakan2 mu...
Isteri mu..
Suami mu...
Guru mu..
Sesiapa saja..

Malah anak2 mu jua..

Tentang kemaafan diterima adalah satu hal lain...kita buatlah bahagian kita..itu saje...

Tidak jatuh nilai diri kite untuk memohon kemaafan..malah..Allah pasti lebih sayang kamu... :-)

Tapi kita juga perlu ingat...kesakitan hati/keterasaan hati umpama bekas paku di dinding...walau paku telah ditanggal, ia masih berbekas..lumrah hidup..

Semoga hubungan kite perpanjangan..Insyallah..

No comments: