Monday, October 25, 2010

Paris Si Kota Cinta...

Eiffel, I’m in Love…oh..oh..oh...eceh! poyo aku..

Eh? Ini bukan cerita movie itu ye..

Saya sendiri tidak pernah menonton movie tersebut, apatah lagi menjiwainya..Langsung tak pernah berjiwa-jiwa macam itu. Cuma pernah dengar tajuknya saje.

Actually entry ini untuk nak tempek Eiffel Tower yang yang dipesan oleh saya kepada Shu (klik jika mahu kenal...hehehe) sewaktu dia bertugas ke France tahun lepas..ye kawan-kawan..tahun lepas...

(eh...apsal kau suka buat cerita basi?)

Jawapan: Sebab saya baru jumpa blog saya semula..puas ati tak? :-P

Untuk menambah ilmu sikit, marilah kite mendengar sedikit cerita pasal Eiffel Tower. Kamu mahu? Tak mahu baca tak mengapa…ye…nampak nya ada orang buat muka boring mungkin?

OK deal! Sesiapa yang sudah tahu tak payah baca. Saya sendiri tidak tahu, jadi biar saya pergi baca dahulu.

OK..mari..mari kumpul ilmu:

- merupakan sebagai simbol kota Paris (paa-rish)

- jangkamasa pembinaan: tahun 1887 - 1889

- Ketinggian: 324m

- Keberatan struktur logam: 7.3tonne

- mempunyai 3 lantai: 1) 57m, 125m & 274m

- boleh di access : tangga & lift...(jika ada sesiapa mahu mendaki memanjat dengan memeluknya...silakan..kena tangkap i tak tahu!)

- untuk menjaga kecantikan: sebanyak 50-60 tonne cat diguna setiap 7 tahun, supaya tak berkarat (tengok! menara besi ponnak awet muda...inikan pulak orang!)

- Dirasmikan : 31 March 1889

- Di buka pada umum : 6 May 1889

- Jumlah tenaga kerja diguna: 300 orang (eh?hebatnya diorang...kan?)

- 2.5 juta batang paku digunakan pada strukturnya (fuhhh..siapa la rajin kira nih..hehehehe)

- Masa nak dibina, banyak kontroversi melanda..ha kau! bukan artis jek ade kontroversi...bangunan yang tak bersalah nak popular pon tak terkecuali...tahu?
Diorang cakap menara ni semak mata memandang lah...lokasi tak sesuai lah...kira femes habis dalam surat khabar..tengok2 dah siap...sampai sekarang perancis duk bangga..hurmmm

OK..beres..nak tau lebih2..kena cari En. G...hehehehe

OK..ok..kita beralih ke sesi photo...ni ramai yang suka...kalau tulisan...MALAS nak membaca..betol?

Replika yang di bawa pulang oleh Shu

Replica Paris I'm in Love yang dipilih oleh saya..macam teliti juga perbuatan nya...


Antara cenderahati yang terdapat di sana - paper weight & key-chain


Sebenarnya ada lagi barang lain, tapi saya tak capture pulak...

* hairan juga saya…mengapa saya membeli replica Menara Eiffel, tapi tidak membeli/menyimpan replica Menara Berkembar?

* saya teringin untuk bercuti…untuk menikmati kehidupan orang kata…untuk menghargai keindahan alam bersama tersayang di sisi..tapi apakan daya..MIMPI sajalah..hehehe

OKEH! da tau sikit-sikit ni...pas ni boleh booked tiket pergi sane..hehehee (berangan)

2 comments:

shuhada said...

hehe, nak g paris eh!

Azira...Nozie...Kechik said...

KALAU ada sponsor aku mahu..walau tak best..aku nak try g gaks!heheheeh

(* DUET oh DUET!)