Thursday, March 1, 2012

Saya Syak Mata Kanan Rabun Berganda


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

OK, Hari ini, saya ada sikit-sikit waktu dan tiba-tiba ada peluang tatkala sesuatu terlintas. Jadi saya boleh terus ke blog saya tanpa gundah gulana takut kantoi dengan bos bahawasanya saya sedang bermain-main. Main-main tulis di blog.

Jadi, marilah dengar saya cerita. 

Mari kita mula.

Saya rabun. Sudah lama saya menjadi si pemakai kaca mata. Tapi tidak secara tetap melekat 24jam di atas batang hidung yang tak mancung ini. Saya memakai sewaktu perlu. Contoh: untuk belajar dalam kelas. Itu sahaja.

Tempoh mempraktik: sejak umur saya 13 tahun lagi. 

Sebab gedik memakai sekejap-sekejap? Sebab saya rimas tidak suka. Saya juga tidak cermat. Pernah sekali atau dua kali atau mungkin tiga kali, saya terduduk, terpijak terbaring di atas spek mata sendiri lalu membuat kesan bingkai senget atau patah dan rupa yang tidak diingini.

Tambahan bukan lah kritikal sangat rabun saya. Sebab itu bertahan dengan kaedah begitu. Apabila lepas SPM, saya masih lagi mempraktikkan cara yang sama sehinggalah saya berkenalan dengan kanta sentuh. Sebab berkenalan? Sebab spek saya hilang skru dan kakinya macam tak sedap. 

So...alang-alang tak suka sesuatu bertenggek di batang hidung, adalah lebih baik berjinak-jinak dengan kanta sentuh ini. Tambahan pula pengaruh rakan macam kuat sikit-sikit. Tapi saya tak goyang. Eceh!



Saya mahu mencuba sesuatu yang baru. 

Sudah lama menjadi pemakai setia kanta sentuh tanpa warna. Kadang-kadang terasa gatal dihati mahu yang berwarna, tapi tak mengapa, saya pendamkan sahaja. Khuatir saya beli saya tak pakai. Saya tidak mahu kelihatan outstanding. Orang nampak saya macam angin lalu pun tak mengapa. T_T


TAPI! kalau kawan-kawan kita kenal buat-buat tak nampak tak nak tegur saya sentap,OK?

OH, nampaknya saya merepek panjang akibat ada waktu. Sedang buat senaman ruas jari nampak nya.

Macam ini. Saya syak saya rabun berganda dimata kanan sebab saya pakai lens sahaja, dia kabur. Mula-mula saya tidak faham mengapa. Sungguh tak tahu. Padahal sebelum ini, mata kanan ini lah jauh lebih terang dari kiri saya. Kuasa di kiri adalah 2 kali ganda kuasa di kanan. Tetapi sekarang ini nampaknya kiri saya lebih terang dari kanan. Eh..kau boleh imagine tak nih?

Mungkin juga perkara ini terjadi akibat kelalaian dan kelekaan saya. Saya sangat teruk. Apabila mata saya tak selesa, saya selalu membelek-belek mata tengok apa yang tidak kena. Makin di pakai kanta makin kabur. Hairan. Terfikir mungkin kanta tak ok, saya tukar yang baru.Masih begitu.

Finally, one fine day, masa saya tidak bekerja, dan kebetulan perniagaan ibu-bapa off day hari itu. Off day hari itu membawa makna saya tidak perlu bergegas berkejar dari tempat kerja ke kedai. Jadi waktu banyak. Boleh berguling-guling dan bermalas-malas. Tak perlu rush berpusing satu Subang/Kelana Jaya/ PJ untuk membeli segala stok kedai. Sungguh rasa selesa tak tegang urat dan tulang-belulang ini. 

OK. Panjang pula describe part perasaan apabila banyak masa ya? Sambung balik.

OK,  Saya pun belek betul-betul mata kanan. Dan cuba teka? Apa aku jumpa? Apa aku nampak?

I found "double-lens" di mata kanan aku!! Apakah? Apakah? Kau ingat ini tudung layer boleh pakai bertindih??

Sungguh saya tak ketahuan dan perasan. A few days before saya ingatkan kanta telah jatuh berterbangan menyembah bumi dikala saya mahu menanggalkannya sebelum tidur dan cuci muka. So saya ganti dengan yang baru. Rupa-rupanya...di kanan ku ada dua kanta? Kenapa kepala tak pening-pening akibat power overdosed?

Yang paling aku musykil, macam mana ada dua dalam sebij mata aku? Ohhh...aku tanggal lense masa mengigau ke apa? Kecewa la dengan diri macam ni.

Memang my bad. I don't have much time to take care of my self. Sampai anak mata terabai pun tak tahu. Belum anak betul-betul. Exhausted pulak rasa.  T___T.

Sekarang, saya terasa dah ni. Mata kanan ku kabur walau sudah memakai kuasa lens yang sama. So maknanya bertambah ke? Perlu pergi cek mata semula. Dan nampaknya saya harus membikin satu spek semula. Untuk masa hadapan. Biarlah berupa nenek-nenek tak mengapa, janji nampak! T___T

* Once kamu buat keputusan memilih memakai kanta lekap/sentuh berbanding kaca mata, kamu haruslah menjadi lebih bertanggungjawap ke atas mata kamu. Memakai kanta lekap ini bukan susah. Senang sahaja. Cuma nak jaga kebersihan lebih sikit. Kena tanggalkan, rendamkan, bilas kan dengan solution, gantikan bila sampai waktu, tangan nak bersih tak boleh tangan ada bau/bekas kari ke sambal, kalau tak mata kau pun ikut pedas akibat tangan tak cuci bersih-bersih. Tanpa penjagaan yang betul, mata kamu yang dua biji itu lah menjadi galang-gantinya. Kamu mahu mata kamu rosak? sakit? jangkitan? Tak mahukan? Bukan boleh main jual beli.

* Pakai kanta dengan spek almost sama sahaja harga. Spek branded kau buat sekali setahun let say RM350. Kalau cokia-cokia RM120 siap frame dan lense pun ada. Kalau pakai contact lens, sekotak ada 3 pasang (untuk 3 bulan) baru RM48. Kalau setahun? RM48 x 3 baru berapa? (OK, yang pack tukar hari-hari pun ada, tapi saya pakai yang tukar sebulan sekali)

* My bad..my bad...Seram oh kalau aku ade infeksi mata. Ohhhh

* gambar-gambar Google je...bersepah jumpa!


2 comments:

hafni said...

ni yang nak marah nih.....
hahahhahahha..
apa la ko ni nozie..
mcm tu punya kes pun ada ke...

Azira...Nozie...Kechik said...

amponnn tuan ku...dr mata marah dah...

hairan ah aku....bole jadi cam tuh...puas duduk mikir napa cam tuh.

Tapi seb baik sekarang dah clear balik...kalau rabun malap2 kelabu..mmg harus lah kene cek..

iskkk