Thursday, March 1, 2012

Yang Pantas-pantas


OK, yang pantas-pantas sahaja. Sekali nafas.

1) Hari Sabtu saya tak pergi mana selain membeli barangan kedai di sana sini. Saya cuma perlu tunggu di rumah untuk memasang Astro Beyond. Selamat tinggal gambar bintik-bintik suara sruk srek sruk srek bunyi di kaca TV ku..

2) Saya masih lagi pembeli tudung yang macam tegar sikit-sikit. Sekarang mood membeli tudung bercorak-corak.

3) Akibat yang point nombor 2, maka haruslah aku mencuba untuk mencari baju-baju yang plain untuk memberi aku peluang melaram tudung bunga-bunga. Kalau baju bunga, tudung bunga dah nampak macam pokok bunga bergerak. Ha ah..melaram sangat la kau tuh ye Nozie?

4) Saya masih lagi sang tegar yang merayap di pasar malam selepas waktu kerja. Tempat saya ada 3 pasar malam setiap selang sehari. Isnin - Rabu- Jumaat. Belum masuk pasar pagi di Stadium Shah Alam ituw.

5) Tujuan saya merayap di pasar? Tak lain tak bukan sekadar mengisi masa lapang me-release tension selepas penat bekerja. Macam ambil angin di taman permainan cam tuh kot rasa dia. Kenapa tak pergi shopping complex? Ahhh...itu naya dan penambah tensi namanya sebab perlu mengharungi sesak jalan. Tak release emosi aku kalau macam itu!

6) Dari point yang 3, apabila hunting kain selesai, harus mencuba semua tailor di sekitar Subang Perdana. Nak tengok mana yang ngam sedap pakai. Dulu sudah survey. Upah baju kurung RM35-RM40 sepasang. No more RM27. T_____T. RM27 itu saya dapat hanya dengan makcik yang setia saya hantar tempahan sejak dari kecil-kecil lagi. Tapi sekarang dia tiada sudah. Allah lebih menyayanginya. T_T. Al-Fatihah

7) What else? Sejak 2 minggu lepas, waktu tidur saya berubah. Busuk-busuk tidur jam 3pagi. Sebab? Saya buat kerja kemudian layan tengok movie. Lepas itu selamat tidur. Bangun jam 6.30. Tidur balik jam 7.00. Bangun semula jam 8.00. Jam 9.00 sudah di office sampai jam 6.00ptg. Kalau banyak kerja mungkin sampai jam 6.30-6.45 petang masih di office. Anggaran standard saya sudah berada di Kelana Jaya menolong ibu-bapa dalam jam 7.30mlm. Dan akan pulang dan selamat sampai semula ke rumah dengan Mama dalam jam 11.30malam.

8) Oh....lupa nak share satu berita. Saya dapat kenaikan gaji. Elleh...naik gaji pun nak cerita. Tak apa lah. Nak cakap terima kasih dengan bos- Mr Lee. Hope we can work together to achieve your success. You success, we pun success, kan? Kan?

9) Saya akan bercuti dari 9hb March - 14 March. Cuti kahwin. Banyak nak kena buat. Gottcha!!! Tipu sahaja. Saya ambil cuti sempena saudara mara, nenek , sepupu saya turun KL dari Kelantan dan Pahang. Tujuan turun KL? Rumah saya jadi checkpoint sebelum mereka berlepas beramai-ramai ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan Pakcik Bongsu saya. I wish I can fly there too. Tapi tak apalah. Simpan hasrat. Ada perkara lain yang perlu saya utamakan.

10) Aku sejuk ni..aku sejuk ni. Oh! Aku dah 2 minggu kot tak minum susu Omega+Oat. Mesti kolestrol riang nak membina benteng pertahanan kan?

11) OK last. Office ku sedang set-up sudut karaoke. Mini saja. Saja la kot boss  nak buat sudut untuk staff release tension. Mesti lepas ni ada antara kami masuk One in the Million ke...Mentor ke...Ahakk! Tak kelakar langsung! We all semua umur dah melebihi syarat dahhhh. Boleh la den tengok DVD. Jangan harap aku nak menyanyi.

Bye bebeh!

No comments: