Sunday, March 25, 2012

Check Your Body Mass

* ini entry type dua hari tapi tak siap-siap..

Assalamualaikum...

Saya nak melepaskan ketagih kejap. Ketagih menaip. Lagipun esok cuti dan tak tahu apakah nasib saya cerah atau gelap untuk berjalan-jalan nanti. Belum pasti.

Jadi makcik cerita sikit.

Eh apa makcik-makcik ini? OK, mari akak story dengan adik sikit-sikit.

Dulu-dulu beberapa tahun lepas mungkin dalam 5tahun lepas Akak pernah buat blood test yang boleh detect dalam 40 penyakit yang berkaitan dengan hati, jantung, buah pinggang, cancer dan sebagainya. Blood test ini perlu lah bayar dalam RM130 begitu.

Tup-tup keluar result nenek terkejut beruk. Eh dah jadi nenek tiba-tiba sebab walaupun ingatkan muda trang tang-tang tapi rupanya kolestrol duduk enjoy dalam badan. Akak ada kolestrol dik non. Malu akak dik. Stress pun ada. Ingatkan gagah lagi kan. Sebab kan disahkan ada kolestrol tinggi kakak duduk pulun la tahan nafsu akak dekat fast food yang selalu juga akak ambil tanpa mengira penat lelah dan jemu.Setiap kali menikmati hidangan akan rasa bahagia mata bersinar-sinar la konon nya.

Sejak dari itu akak tinggalkan fast food. Good bye fastfood. Kita clash sekarang! Eh emo kau ni kan?

Kalau tiba-tiba tersentuh pun 5-6 bulan sekali kot. Macam beberapa hari lepas boss belanja kami KFC jadi akak pon ambil la seketol hot and spicy kan. Sejak dari titik dah tahu adanya kolestrol dalam badan akak yang meningkat dalam 12kilo sepanjang 6tahun bekerja di sana, maka akak isytiharkan perang! Eh perang apokobondo. Akak isytihar kena ambil oat+susu everyday dan tak lupa ambil ubat Omega beli dekat  farmasi.


Akak makan cap ini. Patut makan 2kali sehari tapi akak makan 1 kali sehari sebab..sebab..sebab..masa itu bajet. Kekekek! kesian I

Pristin Omega-3 Fish Oil, Tak hanyir pun tapi Abangah tengok dia cakap "Macam ubat Abah bagi makan dekat ayam dia jek". Ampeh!

OK tinggalkan hal kolestrol. Tapi bersangkut paut la jugak. 

Siapa ada pengalaman kalau jalan-jalan tiba-tiba orang ajak timbang? Kira macam kamu tahu dah dia dah nak promo barang lah tuh sebab mereka rasakan kamu orang yang sesuai? Ha..akak la salah seorang yang orang duduk gamit-gamit hulur brochure ajak cek-cek.

Tapi sebab masa itu akak free kan, lepas itu dia cakap "RM5 sahaja untuk tahu kandungan badan".

So akak kan dihantui kolestrol kan, terus la nak cek. Cek-cek pum pang pum pang keluar result kondisi badan macam orang umur 36 tahun! Padahal Akak baru umur berapa masa itu! Cinabeng betul kau. Aku sakit hati. Eh kau apahal nak sakit hati? Nasib kau tahu. Lemak banyak, condition badan...organ penuh lemak segala kan...hmmm

Tapi dia ingat kalau sakit hati mesti akak beli produk HL itu. Tapi akak tak beli sebab time akak tau ada kolestrol akak taknak bantuan minum ubat kurus ke apa semua tu. Sebab takut la dengan side effect. Kang bulan-bulan dah kena masuk bajet. Akak kan kedekut sikit-sikit kan...hahhahah!

So diam.

OK, sekarang baru sampai cerita yang betul akak nak sampaikan.

Last week akak jalan-jalan dekat dalam Giant Kelana Jaya. Sekali akak jumpa booth HL. Akak pun terus terjah booth itu. Bukan nak balas dendam sebab sakit hati 3-4 tahun lepas tapi memang sengaja nak cek balik reading ada peningkatan ke tak...

Akak pun terus cakap "nak timbang nak timbang" dengan nada paling seksi. Ah banyak la cekadak seksi-seksi. Tah ah. Tipu je tuh...

So...meh akak share sikit...

Dia pakai penimbang jenis macam ini:

Bio-electrical Impedance Analysis (BIA)
* google image je..

Alat ini bukan setakat berat badan je keluar tapi dia boleh keluarkan result macam dalam borang ini:

 Ini masa cek reading dekat Giant Kelana Jaya dengan HL...
Yang bulat0bulat itu kena perbaiki. Wah seronoknya lemak-lemak duduk bergembira dalam badan kan? Patut less than 25% dari berat badan.

* tinggi akak kasi tutup sebab malu. Hasni Gomez cakap : "pendek juga kau ni". kekekeke!

Dia cakap apa? (sila klik image untuk penambah tumbersaran imej eh?)

1) Berat ideal akak ialah 45kilo. Hoh! Penat aku nak kerjakan badan dapat weight macam ini. Senaman pun tak nih.

2) Kandungan lemak (body fat) kena kurangkan. Sepatutnya kandungan lemak adalah dalam lingkungan 25% dari berat badan. So ini kena improve lah kan.

3) Kandungan air dalam badan (Total Body Water), Reading untuk yang ini akak dapat border line sahaja dik non. 50.6% je. Dia cakap kena dalam 55% dari berat baru OK. Eh? Banyak bona pula rasa berair kan? kekekeke. Hairan akak tau dia cakap akak kurang air. Walhal akak minum sahaja air hari-hari. Tapi tak kira lah kan. Akak juga tiada masalah penghadaman. OK jek...

4) OK, Keadaan Fizikal (Physical Rate) akak seimbang lah. Baik kata dia sebab tengah-tengah. Dapat reading 5.

5) Muscle Mass. Jisim Otot. Akak dapat 31.7% sahaja. Memang tak tough la macam Sazali ke Malik Noor ke atau wrestler perempuan Cyna ke apa tah tuh kan. Kalau badan yang orang cakap cun patut ototo kene lebih 35% dari berat badan.

6) Based Metabolic Rate. Tahap Metabolik Badan. Dia cakap akak macam rendah je. Dia kata la. Akak mana tahu kan. Dia cakap patut kene dalam kadar 1200-1400. Tapi akak cuma 1024 je. Tapikan akak baca kan, setiap orang memerlukan kandungan kalori berlainan. Will check it further la. Tiada ilmu kena cari ilmu, kan?

7) Metabolic Age. Umur Metabolik (?). OK Umur Dalaman lah. Dikatakan bahawa kondisi macam akak ini umpama orang berumur 32 tahun. Main kasar nampaknya mesin penimbang ni. Akak dah tukar jadi makcik-makcik macam ini. Adoyaii...

8) Ketumpatan Tulang (Bone Mass). Dia cakap akak punya tulang patut reading dia 1.95-2.00 tapi akak dapat 1.80 je. Aik? Aik? Akak minum susu hari-hari la dik. Takkan kot? Tapi susu Omega lah. So adakah patut akak tukar ke Anlene semula? Tapikan saya tau, ketumpatan tulang juga mengikut umur kan...so kalau tak jaga elok-elok kang dapat la osteoperosis tulang reput tuh. So akak tua sikit-sikit la kan? Sebab tuh bahasakan diri akak la, makcik la, nenek la. Uhuk!

9) Visceral Fat Rating. Ini kira lemak dalaman dekat organ-organ. Dapat reading 4. Dia cakap tip top.

OK, dia cadang la juga dekat saya ambil shake RM136 sebulan untuk repair lemak-lemak tah hapa semua kan. Tapi tak rasa nak ambil pun. Kekekekek!

* yang merah-merah itu akak kena improve. Kan banyak lemak kan, patut lemak tuh kita kena transform jadi otot baru manthopp~!


Lepas itu selang beberapa hari. Saya kan suka pergi pasar malam kan? So sekarang strategi market pun lain dah. Promo sampai kelubang cacing kononnya. Dulu-dulu kan orang promo nak tempat bajet yang high sikit kan. Sekarang pasar malam pun redah. Yang ini cap "Nutrition Club". Saya pun saja buat lagi. Bayar RM2 sahaja. Murah RM3 dari HL, Saja nak cek sebab nak compare reading.

Dapat la reading macam ini. Walau macam ada kurang sikit tapi nisbah dia sama sahaja lebih kurang.

Banding la sendiri dengan yang atas. Yang ini kes nak ambil hati kot. Akak umur ___. Klik la untuk pembesaran imej.

Fast read: 
Lemak 28.8% < 22% **
Air 52.1% >50%
Otot 32.7kg > 35kg **
Tahap Fizikal 5
BMR (Base Metabolic Rate) 1047 kcal
Umur Dalaman 28tahun. Oolololololo..~
Jisim Tulang: 1.9kg
Lemak Dalaman 4

Eh? tiba-tiba tulang akak OK plak. Mungkin sebab berat dah tambah 100g dari sebelum kot. Ada kaitan?

OK lah. Apa-apa pun puan-puan dan tuan-tuan, marilah kita jaga badan. Bukan sekadar untuk mahu cantik tapi untuk jaga kesihatan. Kalau sihat tak susahkan orang. Tak susahkan orang lain dan diri sendiri. Hidup pun Insya-Allah bahagia. Bila sihat macam-macam hal kita boleh uruskan tak k kira lah hal Duniawi (bekerja, etc) mahupun Ukhrawi (ibadat, etc)

Bye!

2 comments:

mizzura said...

weih..ko buat blood test katner..? aku takut la reading2/result ni semua tiputipus...any idea?

Azira...Nozie...Kechik said...

dulu time aku opis lama, kitorang invite orang datang buat blood test utk detect beberapa simptom penyakit...the org tuh amik la darah and hantar lab...sebelum tuh ada briefing...so from darah bole detect ada kelainan kot ada kanser breast ke pangkal rahim ke apa...

Ti aku tengok balik report aku..apa namanya..aku inform ko k...

Tak tipu kot result dia...sbb kwn aku buat gak test..dia punya darah putih mcm tak berapa OK..

and then bila dia nk kawen dia buat test standard tuh kan...sahkan jadi pembawa talesemia...