Tuesday, March 27, 2012

Ambil Mood..Ambil Mood : Telur Katak dan Kodok!


Assalamualaikum sang kesuma dewi pendita hati ku. Oh! apakah aku kenal sang kasuma dengan pendita? Tak!

OK, Assalamualaikum semua tak kira lah siapa pun gerangan anda. 

Sekarang sedang relax-relax. Semalam berhempas pulas sampai tadi kan. Elok siap semua setel boss selamat terbang dengan gembira, maka hadirlah saya untuk merewang-rewang.

Konon nak cakap pasal buat blood test dengan lanjut. Pagi tadi dah siap-siap snap gambar bagai nak share/tunjuk dekat orang-orang yang berminat macam kamu. Tapi tup-tup henset canggih ini suka buat ragam. Dia punya gigi tak berapa biru. Jadi nak main transfer-transfer dekat PC dia tak mau, tak lut. Cable pula saya tak bawa. So nak cucuk pakai apa kan?

Ni sekarang duduk godek-godek pujuk henset ni bagi boleh. Olololololo comei-comei dia...

Eh rasa sakit pula hatiku ini.Tidak mengapalah. Saya memahami. Kita cerita hal lain. Tidak mengapa. Hari ini hari kau Nokia 6120 yang dibeli sempena hari jadiku pada tahun 2008 oleh diri sendiri. Esok tolong bagi saya can pula, OK?

 Baiklah, mari lah saya wujudkan segemn "Do you know" dengan tiba-tiba..

Siapa dekat sini pandai lagi terer nak bezakan telur katak dengan telur kodok? Cepat jawap! Ni soalan semudah bezakan biji selalsih dengan biji barli je nih.. :-P

Jawapan:

Kejap eh....

 Kiri ialah telur katak...kanan ialah telur kodok.
Telur katak - bergumpal-gumpal
Telur kodok - bersambung-sambung

Dari sumber yang boleh dipercayai...
 
Soalan seterusnya boleh tak kamu bezakan katak denga kodok?

* Pergi lah Google!

Bye!






 
 

No comments: