Monday, March 19, 2012

Kunjungan ke Ofis Lama


Assalamualaikum wahai anda-anda semua tak kira di mana berada. Di PJ ke..Gombak ke, Canberra mahupun di Senawang (just mention this sebab macam perasan lately orang-orang sweet dan cute di sana rajin meninggalkan tapak kaki, so..Hai awak! * sambil sengih) atau di mana-mana juga lah. 

Semoga kalian semua dalam kondisi yang tip top, OK?

Yang bekerja semoga anda dijauhi oleh serangan angin Blues - which is not good. Once angin ini attack anda maka akan menyebabkan anda berasa macam masa berlalu sangat perlahan macam semut menolak sebiji tembikai kot! (?)

This is my lunch hour time. Tapi sebab saya malas nak keluar sebab rasa macam perut padu dan kenyang sebab makan nasi goreng, kuih, mee goreng basah dan ice-blended strawberry dan bermacam-macam lagi jam 10malam tadi kot. Tak apa lah. Saya bukan nak cerita pasal ini.

Sekarang sebenarnya tengah belek-belek apa yang nak cerita ni. Sekarang tajuk pun belum ada ni. Type suka-suki tanpa alasan sahaja.

OK lah, folder pertama yang saya jumpa "Office Lama". So now I rasa macam gatal-gatal gedik nak cerita about this. So mari lah kita letak tajuk ini.

Percaya atau tidak, setelah dua tahun saya meninggalkan zaman kerjaya yang begitu memberangsangkan dan membina (membina pengalaman dan juga badan) tanpa had masa untuk rasa mahu pulang ke rumah atau tak. Eh ayat ini memangsememeh. Tapi malas padam.

Pejabat ku itu. Titik bermulanya kerjaya saya sebagai seorang staff yang kecil-kecil (sampai sekarang pun kecil juga lah, tak ada jadi CEO pong!). Karier saya bermula sebaik sahaja tamat pengajian. (sebenarnya saya tamat bulan Jun'2004) tapi hanya mula bekerja sebaik adik saya - Yuyu selesai mengambil peperiksaan berprestij untuk kanak-kanak tahun 6- UPSR. Yeay!

Dah banyak perenggan ni. Tapi semua meleret ni.

Ulang balik ayat. Sedar tak sedar setelah meniggalkan pejabat itu selama dua tahun saya masih lagi keep in touch with this company. Actually bukan dengan kompeni ini sangat tapi more to relationship between some of the staff and me.

Saya pernah tak cerita yang kompeni saya yang kini sangat kepupusan perempuan? Semua lelaki. Almost!. Kira konon-konon kalau macam kena nasib macam boyfriend atau suami cemburu dengan kita yang menimaginasikan yang bukan-bukan macam tinggi juga lah. (kau faham aku cakap?). Tapi itu nasib kalau memiliki yang kaki cemburu la, kalau yang tak, It's OK for you. Based on trust, OK?

Disebabkan kepupusan perempuan, saya jadi macam tiada teman makan sebab kebanyakan amoi dan nyonya di sini kerap sangat melayan bak kut teh dan wantan mee. So what choice do I have? Nak joint the guys? Yes..yes...semua mereka sangat rajin dari saya sebab mambawa bekalan makanan yang dibuat oleh isteri mereka. Nice kan? Saya ingat kan dah lupus wife-wife yang menyediakan bekalan makanan untuk suami walaupun mereka sendiri bekerja. Syabas!

So? apa aku buat? Nak joint mereka makan? memang tak ah. Asap berkepul-kepul woi. Walau yang merokok cuma lah dua orang sahaja, tapi saya macam tak selesa. Say "tak nak" to that. Actually saya rasa awkward. Saya mahu bercerita tentang sesuatu yang santai bagi seorang perempuan macam saya - Girl Stuff. Bukan pasal politik mahupun pilihanraya. No! Berat sangat rasa otak ini kalau nak bercerita hal demikian.

Lagi satu alasan yang saya rasa tak berapa nak joint sangat ialah, you know kan...not all situation woman like me can joint them because they all got some "man stuff" to talk to. So for me, as tanda penghormatan, I just go by my own. Hahahah. Fair kan?

Sunyi kan saya?

Sebab saya sunyi lah saya rasa saya tidak kisah untuk makan di mana atau choose untuk tak payah makan kalau malas. Tapi kalau mood aku rajin? Aku akan pergi makan jauh-jauh contoh macam ke Kelana Jaya kedai Anika Selera itu atau terus ke Office lama saya di Subang Hitech. Ku redahi kesesakan trafik pun sanggup beb! Kadang-kadang Giant Stadium pun aku sampai. Subang Height pun sampai! Sunway Pyramid? Jangan sekali-kali aku pergi waktu begini, nescaya nestapa menimpa aku sebab sampai office jam 4 mungkin?

Masih seperti itu...

So Alhamdulillah, kebanyakan hari adalah hari rajin saya. Tapi kalau saya macam tahap rajin pertengahan, saya tapau siap-siap pagi-pagi itu. Kemudian lunch hour menempek depan PC macam staff yang paling rajin dalam sejarah syarikat ini. Konon-konon sahaja. Padahal ini lah kerja aku menaip benda-benda lagha buat kau malas nak baca sambil makan. Saya tak kisah. Nak juga type! :-P

Ok lah, penat. Mari lah tempek gambar. Rasa macam office lama saya masih tak berubah cuma isi dalaman banyak berubah muka. Kira yang senior-senior berapa kerat sahaja yang ada. Saya sendiri di sana hebat membanting tulang memerah keringat hampir 6 tahun. Sekarang environment pun lain nampaknya. Lain padang lain belalang kan?

Jom tengok office ini.

The wind tower yang tinggi 25 atau mungkin 20m still ada di belakang office...

 The 90m 4-legged telecommunication tower still there too. 
(OK of course still there, kalau nak dismantle? Please not to do so, can be side income for the company apa? Banyak Telco line akan rent this tower to mount there antenna and microwave. Kata nak provide good/excellent coverage to customer, kan? Think about it. Ini tinggi 90m lah! Banyak ni boleh gantung. Banyak boleh shoot) - tak faham aku cakap tak mengapa.


And yes, for the cabin too. Simpan BTS equipment for the operator. Good kan?


And yes....ada satu yang different. Factory macam tidak digunakan sebelah kami dah habis! Bukan habis dimakan tapi telah menjadai padang jarak padang terkukur! Nampak?

Lain masih sama. Kak Jem masih sama, Pauline masih sama cuma now dia sudah pregnant, Connie still the same and Ona, Aja, Ida and Zura still the same too! Hehehe. Cuma ada naik badan sikit, mungkin? Happy kot sebab rakan sekutu makan masih di situ...

OK, Bye.

* Boring betul cerita. Baik tak payah cerita.
* Actually I miss this place. The work environment but bila fikir balik till bila pula aku rajin nak kerja sampai 8-9-10 malam everyday termasuk weekend or public holiday datang kerja? So better tukar lah...nanti anak-anak I bertempiaran bergelimpangan dekat rumah tak terurus (bila kahwin nanti la konon-konon)
* Boleh tak teima apa yang jadi sebagai salah satu alasan saya terturun berat badan tanpa diduga?



No comments: