Wednesday, March 28, 2012

(1) Amacam? Macam Duta PPAS tak?: Intro



Assalamualaikum....

Saya pernah cakap nak kongsi kan pasal hal ini kan? Nak maklum kan saya bukan kaki buku atau ulat buku apatah lagi rajin pergi ke perpustakaan. Dulu-dulu perpustakaan negara ke negeri pun saya tak pernah jejak kot. Cuma sikit-sikit adalah jejak perpustakaan time Diploma dulu. Itu pun pergi Perpustakaan Poli sebab nak geledah soalan exam sem lepas-lepas. Spot soalan lah kata belajar last minute! Kekekeeke!

Tapi ajaib tau, sejak PPAS - RATU buka dekat dengan rumah (consider dekat lah kan), sebab saya ada masa sikit-sikit jadi saya suka nak singgah sini. Bukan sebab ada produk Sari Ratu ke apa tau, ini nama perpustakaan. Kalau nak tau lanjut pergi dekat link sebelah kanan. Klik RATU. OK?


Map...peta PPAS RATU, Shah Alam
-Google je

Saya pernah cerita pertama kali dekat sini. Tapi kali ini saya nak cakap lagi sebab asyik-asyik terjah satu floor sahaja. Tak naik atas pun. Kadang-kadang siapkan kerja kadang-kadang duduk saja-saja habiskan masa sementara jam 6 petang sambil main free wifi. Kehkehkeh! Sebab jam 6petang saya kene siap-siap pergi Kedai Anika Selera kesayangan ibu-bapa. Gambar-gambar ini entah berapa kali snap hasil entah berapa kali jejak.

Jom round-round.

Lagi sekali saya tempek waktunya. Kadang-kadang fikir alangkah bagusnya buka sampai malam, kan? Tapi siapa yang rajin nak melayan kau kan? Kakak kaunter pun nak balik tengok anak-anak, memasak, dating-dating lagi...
- tapi kalau boleh buka lagi lama lagi bagus...den setuju jo!

Mula-mula saya nak tunjuk access ke sana. Akan lalu pintu gerbang Kelab Golf. So memang nampak kehijauan lah juga walau ada daun-daun gugur kan.

 Saya rasa kalau buat photo shoot orang kahwin dekat bridge ini nampak macam sweet lah..what you say? Cuba kamu imagine the bride pegang payung warna peach sambil terjulur kaki duduk lepas itu the groom pula macam turun dari langit ala-ala cupid? (eh apa punya imaginasi aku nih?)


Yang hijau-hijau...memang diliputi kehijauan. Kata kawasan padang golf, kan?

OK, kita sampai sudah. Anak-anak sila turun. Nanti Ummi jemput. Apa-pa telefon, OK? (Bejet jadi mak hantar anak musim cuti sekolah lah. Padahal mak hantar anak suruh baca buku, tapi mak pergi shopping sakan! kuikuikui!)
Ini bangunan nya ya anak-anak (gambar repeat)


Tempat ibu-bapa turun kan anak-anak dengan selamatnya..

Meh kita tengok internal. Tak silap saya la kan, ada 5 tingkat semuanya kot. Mungkin 4 tingkat. Tak ingat. Ampun! Access utama ke tingkat atas ialah tangga bergerak. Lif  pun ada juga sebenarnya.

Ada kaunter tempat tanya-tanya. Tapi saya tak pernah tanya. Redah sahaja.
Kaunter tanya-tanya. Janganharap awek atau pakwe kaunter nampak macam pramugari ke pramugara ke peragawati ke pragawan. Tiada! OK? :-P

Now you got from where the "RATU" came from?
Yes correct - RAja Tun Uda. Thank you. 



Tempat tinggal kasut kalau mahu...berhampiran kawasan main kanak-kanak. Tempat duduk-duduk sambil jaga kasut?

Jom go further. 

Macam gambar atas tuh kan, yang sebelah kanan  kaunter itu tempat ruang kanak-kanak ribena. Tak berapa ribena pun boleh juga. Ada pokok besar situ.

Update!

Kanak-kanak kecik umur tak sampai 2tahun pun ada saja saya tengok duduk main-main dalam ini. Cuma ibu-bapa kena guard bebetol la..takut-takut pampers terburai ke apa kan..kang habis semua. Dah la semua tempat diselaputi carpet yang best...

Pokok besar...pokok besar...tak ada momok...jangan takutttt~~ (baca suara getar-getar nenek tua sikit)
* gambar Google dengan keyword "PPAS Shah alam"

Jom kita pergi level bawah sekali (sebelah kiri kaunter)

Tapi sebelum itu kena tanggal kasut masuk dalam beg yang disediakan. Sila bawa ke mana-mana sahaja. Sekian.

Bahagian (2) baca entry lain eh?

Kita jumpa lagi kalau kamu minat.. 

Wassalam...

2 comments:

shuhada said...

nozi, budak2 umur brapa plg minimum boleh masuk?hehe, ko kan duta ppas,hahahaha

Azira...Nozie...Kechik said...

hahaha....kasar ni..kasar ni panggil aku duta..

budak2 kecik emetot pon bole masuk dekat area pokok besar tuh..

kire level bawah semua boleh lah.. (sbb aku tgk ade je bw budak kecik kemetot)