Friday, March 23, 2012

Undangan Kahwin-Kahwin...


Assalamualaikum..

Hoh! Tadi boleh tertengok pula video persiapan perkahwinan Lisa dan Yusry. (Aiyok! Kantoi tengok video kawen-kawen!). Hahaha. Tak ada lah. Sebenarnya nak cari Video pre-wed mereka sahaja. Sebab kan sekarang ini ramai orang buat pre-wed video ke apa kan...

So...simple mereka dua ini walau makan banyak-banyak ribu ikut kemampuan (ukur baju badan sendiri). So lucky this couple. Nampak sangat Lisa dikelililingi kebahagian dan kasih sayang (sebab tengok tadi ibu dia punya pengharapan dan impian perkahwinan terhadap satu-satunya anak perempuan dia).

Ah aku ni. Macam kaki gossip ke apa pula. Habis nak buat macam mana, dah published dalam youtube terpaksa la tengok. Ewwahh! Terpaksa la pulak konon-konon ya?

OK, nak cakap bulan 4 ini ramai juga yang kahwin. Macam saya kan, kawan-kawan ada kahwin, ada anak-anak kawan parents kahwin. Kalau anak-anak kawan parents yang kawen kira jadi urusan saya juga sebab saya lah yang akan membawa ibu-bapa ke majlis itu. So kena masuk dalam jadual I. So jadual I jadual keluarga I juga lah. Eh apa pasal boleh mengada cakap I-I ni. Bajet artis eh?

Ok, macam rasa dah nak habis taip je ni. Dah la buka cerita kahwin-kahwin. Eh kahwin-kahwin mesti la ada cincin-cincin sikit kan. OK, Jap tengok apa ada...

OK, untuk kamu....

Kuih cincin from Sabah...rasa dia rangup-rangup lepas itu nak lagi.

Cer closed up sikit..tak macam cincin. Cinci satu lubang kan? Mungkin cincin sotong kurita sebab banyak jari nak sarung kot (?)

 
Sila simpan dalam badang kedap udara untuk mengelak angin tumpang sekaki dan menyebabkan kelemauan...

Maka dengan itu...

Kalau pergi Sabah tolong lah beli kuih ini sebab dekat semenanjung jumpa dekat CM mereka jual RM20 sepeket oii. Masuk tambang lalu air dan naik kapal terbang sekali kot. OK faham.

OK yang ini lah. Saya suka ni wei. Siapa ada tolong lah pos bagi saya. BAGI tau. Hahaha! Kan dah terasa kan bagus kalau jadi artis, sebab peminat nanti akan bagi hadiah tanpa diminta. Eheheh! Patut lah tak jadi artis aku ni. Niat pun dah sikit-sikit keji mana nak makbul permintaan kan?

Selain kuih cincin yang tidak disalut emas dan permata ini yang rupa macam tak la menarik sebab macam kayu, anda juga perlu beli Amplong! Macam geng-geng jajan je nih...Jenis keropok kot...


I'm amplong from Sabah bukan dari kepompong!

Harap pandai buat sendiri macam semudah goreng Ngaku buat kerepek...TAPI...

Baiklah semua. Jumpa lagi dilain waktu dan ketika untuk mengarut secara diam-diam.
Bye!

Boleh Bah Kalaw Qaw~ (Baca dengan pekat bunyi "K" and "Q")

* Kalau lah aku yang pergi Sabah hari itu..eden beli 20 peket buat balas dendam...


No comments: