Friday, March 23, 2012

Nak pergi IKEA Sale tak dapat, Nak pergi Kidzania tak jadi, Nak Pergi tengok Belon pun Melepas... :-(


Assalamualaikum semua yang membaca. (Kalau baca, terim kasih nanti saya belanja - belanja tengok gambar, boleh tak?).

Gila panjang tajuk saya ini wahai saudara saudari hadirin dan hadirat sekelian. Saya frust la sikit-sikit. Patut semua ini saya dah simpan niat dalam hati nak pergi waktu cuti sekolah hari itu. (Padahal aku tiada kena mengena dengan sekolah, saja petik cuti sekolah sebab kebetulan terjadi). 

Walau pun harapan tipis saya membeli-belah apabila pergi ke sesuatu tempat sebab kedekut* , tapi saya nak la juga tengok-tengok usha kan. Orang cakap ikut perkembang. Dah la saya tengok TV pun tak berapa sejak tua-tua dan sibuk-sibuk ini. Tapi kadang-kadang boleh terbeli yang bukan-bukan juga apabila sifar kedekut terletak di belakang.

Oh! Saya lupa satu aktiviti yang saya list out - Pameran Kartun Jepun kot nama dia. Pun tak pergi. Kecewa den..kecewa bona hati den sebab punah semua harapan. Patah la hatiii....aaaa... (nyanyi sikit)

Sebabkan cerita den dah punah dengan cerita impian,  sekarang kita cerita realiti. Den sobonanya suko poei tompat-tompat ado pameran. Omputeh panggil exhibition. Kalau sebut pendek-pendek orang panggil Expo. OK kau tak tau type bahasa Negeri buat cara tak tahu. Ceh. Baiklah. Saya bukan orang Negeri Sembilan tapi tak tahu mengapa suka dengan loghat mereka. Kekekeke

Sekarang yang realitinya den eh saya telah selamat pun pergi ke Home Deco Expo. Pernah kan saya cerita sikit-sikit beberapa minggu lepas.  SINI.

Memang aktiviti lebih ke arah ibu-ibu dan makcik-makcik atau isteri-isteri lah kot. Tapi tak apa. Makcik nak share juga dengan anak-anak. Kot-kot la tengah mencari apa-apa ke kan.

Home Deco Expo itu berlangsung di Stadium Melawati (Stadium Shah Alam) itu lah. So sebab itu Makcik galakkan kamu sila liar-liarkan mata semasa drive sebab kot-kot boleh ternampak macam-macam banner promo apa aktiviti yang akan dianjurkan/berlangsung contoh macam Sale Metrojaya ke, SOS Sale ke, Padini Sale ke, Jualan Coklat Cadbury ke Jualan Wacoal ke, jualan Ponny ke..Jakel ke...ape ke.. (eh banyak pula contoh ye kau?).Yang Home Deco ni nasib lah Makcik terbaca masa Makcik nak pergi melepak dekat Office Lama itu. Kalau tak mati la kutu-kutu makcik sebab taktau nak terjah apa bila free masa sikit-sikit. Jadi boleh la buat modal ambil angin hujung minggu, kan?

Jom ah tengok apa ada...

Ini la penyangkut barang-barang dapur itu. Pilih...pilih...Abang bayar..

Abang..abang..nak ini. Nanti boleh pakai bila raya
(sila klik photo untuk penambahtumbesaran harga tertera)
* abang nak nangis! Sroottapi beli juga sebab sayang...uhuk!
(of coz bukan makcik yang menaip entry ini yang beli)


Perabot-perabot idaman suri rumah di hari raya...
OK, bukan suri rumah tapi laki perempuan suka jugak kan?
 Mommy...I want this chair...I want it..want it..
(anak orang lain yang merengek di tempat kejadian takmau bangun dari kerusi comel itu)

Barang-barang english style...

 Beautiful chandalier...cool kan? Bak la satu...actually saya rasa macam saya ada ambil tag harga..tapi hilang pula. The crystal about RM200+ yang pink about RM300+ per unit kot?



Pendant pun available..bak la satu..bak la satu...nak la hang mana-mana..huhuhhu
Ada price less than RM100. Nice kan?

Yang ni berat sikit...tapi cool lah I rasa...Bak la satu...Eh kau ini semua nak minta apa pasal?
Tolong lah siapa-siapa hadiahkan pendant light to me untuk hang atas dining table apabila tiba hari kelahiran ku nanti..
(hahahah! Tolong sikit eh!)

Yang paling suka ada yang ini....Memang yang ini yang makcik carikan...eh tak..usha kosong je...

Ni yang dipromokan dengan saiz sekian-sekian...
Tapi makcik saja tanya-tanya saiz yang makcik nak dengan menambah breakfast table dan tall cabinet etc. Rasa macam nak bawa kaki melangkah pergi sahaja sebab...sebab..makcik kena kumpul duit lagi...sroot...ohh!

Tolong lah bagi saya menang apa-apa pertandingan yang dapat wang tunai atau menang IKEA ke...Deco Casa Impian ke...Makcik nak pilih kitchen nihhh....

Sekian.

* So next time siapa yang usha-usha cabinet kitchen sila mari sebab ada banyak company offer-offer dengan pelbagai bahan yang berlainan. Makcik kenan nak pakai 3G...tapi..tapi....uwaaaa (tekup muka tak sanggup nak cakap)

* Makcik duduk berjimat dan berkemah la konon-konon ni...doakan la ye?

No comments: