Thursday, March 1, 2012

Jujurnya Aku Hanya Tahu Mencuci Muka



Itu sahaja yang aku pandai. Kalau tanya bab-bab penjagaan badan ke kesihatan ke kecantikan ke fashion-fashion ke sumpah aku tak berapa nak tahu. Kalau tanya nama product-product mungkin aku sekadar tahu nama tapi tak berapa nak ambil tahu function. Apa sub-sub product dalam product terbabit pun aku bet memang tak tahu sangat. Sangat sikit ilmu aku.

Itu pun nasib aku tahu nama product sikit-sikit sebab dari aku tinjau-tinjau cuci mata dekat farmasi atau Giant sambil beli-beli barang pesanan Mama. Memang tabiat sikit kalau aku macam tak rush no plan after membeli dan membelah, aku memang sangat rajin masuk row by row di super market.

Dari bahagian peralatan rumah, elektrik, baju-baju dewasa, baju kanak-kanak, bahagian perkhemahan, gardening, makanan kucing anjing rabbit, tepung gula, buah, ikan segala, semua aku usha. Saja suka-suka ambil  angin. Hahahaha. Aphal la dalam banyak-banyak tempat aku ambil angin dalam Pasaraya Giant? Chet!

Nampaknya macam selalu, entry macam nak menjurus jalan-jalan ambil angin. Hakikat sebenar kalau rujuk kepada tajuk entry terang-terang macam nak cakap pasal hal-hal kecantikan kulit tadi.

Ewwah..nak cakap hal kecantikan kulit bajet duta. Padahal tengok kulit aku ni, memang tak terjaga. Pasti.

Orang cakap 3 perkara penting jaga kulit muka:

Cuci - Toner - Moisturizer

Honestly, saya kan sebenarnya memang tahu mencuci muka sahaja. Product yang diguna untuk mencuci? Ikut suka. Facial foam ikut suka nak pakai. Konon kalau jenjalan dalam Farmasi nampak best, aku beli. Kalau best, habis aku beli. Seingat aku pencuci yang pernah aku pakai: Biore, Eversoft, Olay, Neutrogena...errr..apa lagi? Fair & lovely?? Erm itu je kot sepanjang aku hidup ni.

Sekarang? Eden tempek buih sabun Papaya je dik oi. RM10 3 ketol. Aduh. Dah nak 2 tahun kot tempek tuh. T___T. OK je rasa. Ada tak korang tau ada ifek apa-apa kalau sabun ni diguna lama?

Memang tak banyak product. Sebab itu lah kulit den ni 'lembutt suci murni berkilauan bak mutiara" bagai. Konon-konon sahaja tuh! Hahahah. Cop cop...sebenarnya masa zaman sekolah muka den penuh dengan segala jerawat yang tak terawat oleh jururawat. Sebab aku tak pernah jumpa doktor pakar kulit pun. So, macam mana nak ada jururawat kan??

OK merepek. Tapi serius muka memang bersepah la. Dengan bintik hitam, putih. Pori-pori ternganga besar. Tapi dulu budak-budak mana la aku nak kisah.Lagi pula bukan nya bergaul dengan awek-awek comel yang sangat menjaga penampilan. Kami rock sempoi cool sahaja. Bajet macam tak menggelabah, padahal menggelabah juga. Kecoh je! Terpeleot juga bila berjalan kadang-kadang. Hahaha (oh kawan-kwan, I rindu U all~)

Oh. Di mana kita? Tapi dalam tak kisah tak kisah, kalau dekat rumah duduk membelek juga sang jerawat manis durjana penambah ayu dimuka ini. Gatal juga picit-picit. Sampai merah muka.

Akibat tak menjaga kulit, jerawat pun fed-up tumbuh, dia pun surut dan kurang sendiri. OK, yang ini best. Dah hilang. Tak payah nak figure out product apa dah, kan? TAPI yang tak best ialah  jerawat itu telah pergi dengan meninggalkan buah tangan berbentuk pori-pori ternganga besar. Oh no! Ini hadiah saguhati ke balas dendam ke apa nih??

Kalau tengok muka dari jauh, memang la nampak clean n clear bagai. Cuba kau datang dekat. Nampak pori-pori, black head, white head, kulit kering terhidang di atas muka ini.

Tak pernah jejak spa ke buat facial. Memang rasa "berat" muka nih.

Itu lah...suruh pakai toner taknak, kan dah. Ingatkan tak penting. So pergilah cari toner. Help you to keep the pores smaller. (konon je kot? ye ke?)

Tak pernah saya nak ber-toner-toner. Sungguh tak tipu.Tapi sekarang kena cari satu, try tengok apa jadi. (kenapa bau sekarang? anggap sahajalah aku baru dapat seruan ke jalan yang benar ye kawan-kawan)

sekitar 2010...closed up tak ada kot gambar nya...sebab suka menempel dekat kamera orang...


sekitar 2011...

Tahun ini....awal tahun ari tuh & awal february de amor...tahun ini memang banyak perasan ambil shoot sendiri...gila sunyi aku sebagai wanita di daerah dipenuhi lelaki nihhh...

* Ha...menggelabah..menggelabah. Baru sedar dah tua. Dah la mata sembab, eye bag macam banyak duit dan emas, angkat kening kedut di dahi nampak, pipi turun sikit sebab dah tua...muka monyok..

Hoh..OK la babai. I nak kena cari toner ni. Any suggestion ke?


1 comment:

mizzura said...

wah...ko bole gantung gambar ko dari tahun ke tahun kat bucu tangga...br ala2 studio model beb..hehr..aku pulak meraou gn pencuci...yg murah kr mhl..tp kdg yg mhl ni leceh nk pki byk no step..skang lg smpoi..pki biore psl menang byk stock ritu..jnji jimat duit..tak gtu...(kedekuttt)