Wednesday, November 10, 2010

Walau Kau Kuat, Kau Masih Perlu Teman...

Salam...

Entry saja-saja.

Satu masa dahulu, aku pernah bertemu dengan seorang teman yang dalam kedukaan.

Tahap kedukaan dia sampai terpancar di mukanya. Kira macam kau tak kenal, seimbas kau tengok, kau tahu dia dalam kedukaan.

Boleh kau bayang?


Berserabut kepalanya. Berselirat otaknya...
Aku pasti dia tidur dengan air mata sebagai peneman. Aku pasti.

Kawan aku ini kuat dan tabah orang nya. Dia dari luar nampak keras. Tapi hatinya lembut.

Walau dia sakit, dia sedih, dia buat-buat seperti tiada apa. Dalam hati siapa tahu?

Aku pernah di tempat nya suatu ketika dulu. Memang sakit. Memang rasa bodoh. Tak tahu mahu gambarkan macam mana.

Mendengar ceritanya terasa sedih. Macam boleh dibayang perasaan nya pada ketika itu. Tapi aku hanya boleh bersimpati. Tak mampu aku tolong. Tak tahu mahu menolong bagaimana. Yang aku tahu, cuma jadi peneman di sisi jika dia perlu. Itu sahaja yang aku pandai.

Kadang-kadang pandangan dilontarkan sedikit jika perlu. Aku sayang kawan aku ini. Aku tak boleh nak tengok orang lain rosak kan hatinya, patah kan hatinya, bekukan hatinya.

Itu lah. Pada aku, setakat SETIA sahaja tak cukup. Kalau BAIK pun masih belum cukup. Ini yang aku belajar. Tidak tahu pula pandangan kamu-kamu bagaimana. JUJUR pun tak cukup...

Hai...Manusia...Lelaki Perempuan tidak kira...sama sahaja...cuma mungkin lagi berat jika kau seorang perempuan. Menjadi perempuan dan lelaki ini besar bezanya.

Adakah ini ketentuan? Kenapa jadi begini rupa?

Kita mesti selalu bertanya soalan yang berbunyi begitu kan? Hanya Allah yang tahu jawapan. Diri sendiri juga mungkin tahu jawapan. Tapi mahu dibetulkan macam mana?

HAnya ketabahan hati saja lah yang boleh diharap. Tapi setabah mana pula hatinya? Selama mana bertahan tentu penat juga kan? atau langsung mati perasaan akibat terlalu tabah.

Aku rasa aku tidak boleh marahkan dia. Ini soal hati, soal perasaan. Mana mampu kau lawan. Ini terpulang kepada tuan badan. Jika dia rela melepaskan sesuatu, betul-betulkah dia rela? Atau hanya melepaskan sekadar memuaskan hati orang-orang sekelilingnya? bagaimana pula hati nya? kehendaknya? ada orang-orang keliling fikir? itu lah...kadang-kadang kita hanya memikir pihak kita sahaja. Tapi terlupa memikir di pihak orang lain. susah kan?

TAPI...

Manusia juga tidak mampu untuk melawan takdir. Kita mungkin tidak akan dapat apa yang kita mahu. Kita mungkin juga dapat sesuatu yang kita mahu, yang kita suka, tapi hanya sementara. Kita tidak tahu.

Aku tahu kawan aku itu sudah buat terbaik yang dia mampu. Aku kenal dia dari dahulu. Dahulu lagi. Aku tahu hati budinya. Aku juga tahu tahap kesetiaan dia. Bukan sekejap kami kenal. Dia juga tahu aku bagaimana orang nya. Perangai aku, mungkin juga rahsia aku.

Sekarang, aku cuma risau tentang dirinya. Yang terjadi tidak boleh dibetulkan. Tetapi mungkin boleh di sambung. MUNGKIN. Aku tidak mahu dia menghukum dirinya terus. Aku sayang dia. Aku tak mahu kerana dia kecewa, dia merosakkan/mensia-siakan hidupnya. Apa lah daya kalau sudah tertulis begitu?

Seandainya apa yang dia tunggu, dia usaha tidak menjadi, aku sangat berdoa untuk nya dipertemu dengan orang yang terbaik buatnya. Yang mmapu menyayangi, menghormati, memahami, menjaga, menemani dia dalam suka dalam duka. Aku doakan yang terbaik buatnya.

Semoga hatinya masih ada sisa. Masih ada pintu untuk dibuka. Harap masih ada kuncinya. Harap cahaya masih boleh masuk...

Aku tak mahu melihat dia berseorangan sebagai tanda menghukum, sebagai tanda kecewa. Masih banyak/lama lagi waktu untuk dia menikmatinya. Harap tak diragut duka selamanya...

Kamu jaga diri kamu baik-baik...Ok?

Aku mahu lihat kau bahagia, gembira...


No comments: