Tuesday, November 16, 2010

MC dan Banjir...Ni cerita Ahad ke Isnin?

Hoh!

M.C Hammer ke? Tak lah..bukan...

Minta Cuti ke? Ya lah...

Medical Certificate kah? Lebih kurang lah!

Dah! menyesal aku tanya. Lain kali tak mahu tanya lah! OK! Tak ape...tak heran...buekkkk!

Err...

Kan weekend pulang ke Qlate kan. Then Ahad itu, sebelum pulang terus ke KL, singgah ke Jelawat membeli barang-barang. Mama lah yang membeli, saya dalam kereta sahaja. Parking Yillek!

Then terus ke Kota Bharu. Pergi rumah Nek Sedara, Mok Joh. Kena lah singgah kan...lagi pula hari raya ke-4 Aidiladha anak perempuan dia kahwen. Kami tidak dapat hadir. (OH!dah nak kahwen...saya?errr...esok lah!hahaha)...Sempat la dapat goodie bag orang kahwen...yeyeye!

Goodie bag. Sekarang mana-mana pun orang sudah bagi macam ini.

Sudahnya sampai KL lebih kurang...erm dekat pukul 10 malam. Macam biasa, hujan on off. Nasib tiada banjir atas jalan. Kalau tak tersadai!

Ok..meleret. Itu cerita Ahad.

Saya sebenarnya nak cerita Isnin.

Isnin saya MC. Sunday Blues. Errrrr...bukan sebab dia berwarna biru atau malas lah! Tetapi membawa bapa saya ke hospital lah.

Masa pulang ke kampung, dalam perjalanan dia mengadu sebelah badan kanan nya kebas-kebas. Kira anggota kanan macam lemah. Jalan terdengkot-dengkot. Tangan pegang barang macam tidak berapa melekat. Risau saya. Sampai sahaja kampung, pergi menjenguk ayoh di hospital dan pulang ke rumah Mek berehat. Dengan harapan abah saya sihat. Harap kebas-kebas hilang. Tapi tidak!

Esok pagi masih kebas-kebas. Jadi esok pagi mencari tukang urut. Hajat mahu bertolak ke KL awal. Sudah terus tertunda masa. Tak mengapa. KEsihatan abah lagi penting. Takut juga kalau tengah jalan jadi apa-apa.

OK! sambung balik cerita Isnin.

Isnin waktu macam mahu siap-siap pergi kerja. Cek abah kejap. Tanya masih kebas lagi kah atau tidak. Dia cakap masih. Saya risau. Takut dia kena strok ke apa pula nanti kalau langkah diambil lewat. Orang tua-tua tak elok biar sakit lama dengan harapan dia sembuh sendiri.
TOLONG JANGAN FIKIR MACAM ITU. Mereka yang tua tidak sama macam kita yang muda gagah perkasa ni. INGAT OK??.Eh? Macam emo pulak kau!

So saya cancel niat pergi office. Terus send SMS kepada rakan, cakap
"I'm MC today"...hohohho. Bagus ada SMS ini. Tidak payah buat panggilan lepas itu kena berlakun buat suara sakit-sakit, kan? kekeke

Terus pergi bawa abah ke hospital. Cek-cek tiada apa-apa. Next appointment abah bulan 12 ini. So cuma tambah ubat extra sahaja sementara menunggu next appointment.

Oleh kerana kad pesara Abah dia cakap hilang. Alang-alang aku tak kerja terus buat ganti kad. Mereka cakap kena buat di Putrajaya. So bergegas ke sana. Kejar waktu. Sekali sampai sana...Presint 1, Kompleks C, Bangunan JPA...ambil angka giliran...tup tup gadis itu cakap

" Ini kami tidak buat di sini. Kalau staff kerajaan biasa semua buat di sini. Tapi tentera punya, bawah ATM sendiri. Office nya di KL. Dekat dengan Maju Junction"

Dengan nada sopan santun budaya kita sambil mengukir senyuman. Sejuk hati akak dik tengok kamu...eceh!

What???? (dalam hati)

Fhewwwww! kena gegas ke KL pula? Abah saya sudah lah terdengkot-dengkot, Jalan pun kena pimpin, takut jatuh. Minyak pula macam mahu blink-blink 182 (?)

Terus ke KL. Nasib baik Abah ada. Dia lah yang menunjuk jalan ke sana. Harap aku, aku pandai drive sahaja. Jalan tak pandai.

Tengok jam, sudah dekat dengan jam 2 petang! Hish! kena sempat, kalau tak sia-sia. Alang-alang cuti, kena kerjakan sampai pangkal lengan!Eceh!

KL dengan jem tidak dapat dipisahkan. Lagi-lagi jalan menuju ke TAR tuh. Ya Allah. Macam mahu berhenti tengah jalan, tinggal kereta. Mahu jalan kaki sahaja.

Akhirnya sampai juga ke "
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM"

Setel hal Abah.

Pulang ke Kelana Jaya. Ambil Mama. Kedai sudah cuti jualan malam. Staff balik kampung. Siang sahaja meniaga.

Masa balik hujan lebat. Sampai Kelana Jaya hampir jam 6 petang.

Tiba-tiba line henpon saya interrupted pula. Kata tak bayar bil! Uwaaaaa! masa macam-macam ini ke kena jadi?

Jadi ambil mama, terus ke Service Centre terdekat. Dia Giant Shah Alam nearby Stadium.

Guess what? We trapped dalam jammed! Walaweihh!

Aku fikir kalau masuk Glenmarie dari Kelana Jaya boleh selamat dari sesak di Airport atau di Batu Tiga. Sekali sini pun sama! Stuck sampai 2 jam! di belakang Politeknik Shah Alam tu. Dalam radio duduk sampai info trafik cakap sana sini jem. Malang nasib ku. Teketar-ketar lutut bawak kereta manual. Dalam Perut aku sudah berdendang sayang. Belum makan dari pagi. Lupa.

Sabar...sabar...

Sampai sahaja saya turun, parked tepi jalan. Bau KFC pula! Tanya ibu-bapa mahu tak?

Mama cakap
"Boleh la seketul"

Terus bayar bil, sempat singgah mesin penimbang, cek berat!
(Eceh! sempat pulak kau ye?beratnya..errr...samaaaa sahaja...malu I)

Then pergi KFC. Nasib tak ramai orang
(Weh!!! Subway sudah ada dalam Giant Stadium la wehh!Baru buka)

Beli snack plate. Sebab hujan, ibu-bapa tergoda dengan bau KFC. Terus makan. Saya teruskan pemanduan sambil meminta disuap macam anak burung. Comel pulak jadi anak burung!

Singgah rumah saya, letak barang Abangah.

Last-last sampai rumah hampir jam 10...

Mama cakap

"Long...makan ni Long. Mama bawak balik dari kedai. Tak habis sayang pula"

Uwaaa...mama bawa balik macam ada anak 8 orang. Banyak. Baiklah ibu, saya sahaja harapan ibu. Adik-adik tiada di sisi. Saya buka perut luas-luas demi ibu...

huhuhuhu


Laksa pujaan hatiku...

Ketam yang suka sepit-sepit...

Mengadap makanan ini, teringat adik-adik. Entah apa mereka makan untuk dinner malam ini?


Sekian!


Oh! lupa! alasan MC saya apa dekat doktor?? RAHSIA!...nanti kau tiru...hahahaHAMPES

Kalau kamu?

No comments: