Thursday, November 18, 2010

Joget: Kalau Berpacaran


Okeh! Macam biasa, dengar lagu rancak tolong joget-joget sikit...

Sebab? suruh kau release tension. Kalau tidak pandai menari macam saya, tidak mengapa,
(HAKIKAT: Aku pun tak pandai menari)
Kau boleh menari di dalam hati. (?). Imagine sahaja mengikut rentak. Macam kau berniat dalam hati. Memadai.

Mengarut!

Kan lately ini, kita dengar macam-macam pasal aksi-aksi per-couple-an kan?
Sekarang budak-budak juga sudah macam lupa MALU itu apa.
Itu lah...semua sekarang sudah terdedah..isk..isk...

Ya Allah..ampunkan lah dosa-dosa kami. Lindungi lah kami dari segala macam maksiat. Berkati lah kami.
Jauhkan kami dari bisiskan Syaitan laknat. Berilah NUR di dalam hati kami untuk terus beriman dan bertaqwa kepada MU, Ya Allah.


Okeh...aku rasa ramai yang sudah dengar lagu ini kan?
Nyanyian Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Bagi pendengar Suria.Fm atau Hot.FM mesti sudah biasa dengar (radio lain saya tak sure la ada putarkan ke tak)

Okeh...mari hafal lirik. Tahun depan mesti masuk dalam Pertandingan Jangan Lupa Lirik

Aku sukeee...Yiihaaaa!


Altimet, Ana & Suhaimi



Ihsan Photo ambil dekat SINI. Thanks


Lirik boleh nyanyi sama-sama:

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

* Yang berpacaran...jaga diri elok-elok tau...Ingat keluarga kamu, agama kamu, Tuhan kamu... :-)

No comments: