Tanggo sikit...joget sikit...breakdance boleh? Boleh...dance floor? pun boleh...apa kau mahu pun boleh..silakan...
Ok...yang kau menari-nari siap-siap ni, kau sudah tahu cerita pasal apa ke?
Sebenarnya tidak payah menari pun tidak mengapa. Kau masih boleh dapat maklumat. Tapi kalau kau buat, happening sikit...
Untuk mereka-mereka yang tinggal di kawasan sekitar Kg Subang-Subang Perdana - Mah Sing - Subang 2- Subang Bestari - Subang Permai - Malah yang duduk di Bukit Subang dan Monterez serta kawasan sekitarnya juga boleh berkongsi kegembiraan..
Berita baik buat kamu jika tidak mahu memasak. Berita baik juga jika tekak teringin memakan fast food.
Selain Big Apple & Mc D di Subang Skypark Terminal Airport...
Kini KFC & Pizza Hut sudah terdapat di belakang rumah kamu!
Anak-anak mesti suka. Adik-adik sekolah sekarang boleh practice minta duit dari ibu-bapa untuk beli Sundae. Kalau dapat lebih boleh beli Mc Flurry. Yiiihaaa!!
Ibu bapa garu-garu kepala sebab belanja anak bertambah! Tambah runsing anak-anak macam mahu menuju era obesiti...fuhh! takut!
Sesiapa yang mahu buat jamuan hari jadi atau jamuan kelas tidak perlu pergi jauh-jauh. boleh buat di sini sahaja...amacam? Cun tak??
Cuti-cuti sekolah boleh kerja buat part time dekat sini. Best tak? :-)
Lepas ini budak kecik kayuh-kayuh basikal roda tiga dari Taman Subang Murni pergi KFC. Emak semakin risau!
Tiba-tiba ada delivery depan rumah. Emak pening. Rupa-rupanya anak-anak dia yang pandai-pandai order sendiri. Abah juga turut pening! amik kau!
Okeh...tanggo lagi!
Tidak perlu ke Kota Damansara lagi. Kamu yang terperangkap dalam jem di laluan Shah Alam - Sg Buloh boleh berhenti di tengah-tengah jalan di sini untuk mengorat awek PizZa (aik??)
Photo tak memberangsangkan. Snap dari dalam kereta last week. Signboard pun baru sahaja nak naik...
Ini cerita kosong. Kurang enak di baca mata. Pendek kata laman bosan. Bebas berbicara tentang apa, tanpa sekatan. spontan. Sangat menghargai jika ada sudi yang berkongsi.
Mungkin juga menaip time sengal..tapi tak apa..aku punya suka lah! :-P
No comments:
Post a Comment