Friday, November 12, 2010

OK! Masuk Dalam Date Kau Cepat! - MAHA

Huhuhu...


Weh...Akhir bulan ni sampai la awal bulan depan kau orang percuma ke? Free la...free lah..faham tak? bukan macam beli Colgate PERCUMA Mug Upin&Ipin...bukan yang tuh...


Ruang waktu...eceh! Ini boleh kena lempang ni...cakap macam orang yang baca tak faham je kau ni Nozie...Karang kau kena kang, sentap pulak!


OK...aku biasalah...suka nak usha-usha aktiviti apa yang ada yang boleh diterjah time tak kerja. Mahu membazir waktu menikmati hidup. (Konon!)


Malas merepek panjang...


Nanti dalam organizer kau ke..I-Phone Kau ke..BB kau ke...atau kau bagi tau P.A kau...suruh masukkan aktiviti ini dalam Schedule kau...


Tentang apa ni?suka hati dia je suruh orang mark calender. Lepas tu paksa-paksa...apa nih?


OK...jangan marah ya abang-abang adek adek kakak-kak sekelian..


Ada ni lah:



Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show)

Tempat : Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, (MAEPS), Serdang Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tarikh : 26 November 2010 - 5 Disember 2010

Masa : 10 a.m - 10 p.m


Macam-macam ada tau. Kau nak makan burger dageng burung unta ke...makan telur dia ke...jumpa spesis kambeng yang tak sama macam rumah nenek kau punya ke...buah-buahan yang macam sangat ranum atau mungkin besar macam gergasi ke...mari lah...macam-macam adaaa...

Lagi pun...time tu Cuti Sekolah kan? bawa anak-anak pun best juga...takkan kau asyik nak bawa diorang pergi Petrosains/ Aquaria je...

Saya borink la daddy... (_")

KEterangan lanjut, marilah sini---- > KLIK!

JOM!

No comments: