Monday, November 29, 2010

Dalam Banyak-banyak Masa...


Tempoh hari (beberapa hari yang lalu lah)

Macam biasa, on the way ke Kelana Jaya membuat rutin. Macam biasa juga, sejak Abah tidak berapa sihat, saya tidak membenarkan dia menunggang motosikal nya. Sekali pun saya tak benarkan dia menunggang. Bukan saya kedekut lah. Tapi untuk mengurangkan risiko terjadi apa-apa. Saya tak mahu.

Jadi sebagai solusinya... Abah akan duduk di rumah sahaja di waktu pagi sampai petang. Hanya boleh keliling-keliling rumah atau membuat aktiviti secara tidak menaiki/memandu kenderaan. (Kasihan juga...macam anak tak baik saya ini tau).

TAPI...

Itu kehendak dia. Dia cakap bosan jika dia di kedai sepanjang hari. So saya bagi lah dia buat aktiviti sendiri. Tapi apabila saya balik kerja, saya cakap saya akan jemput abah di rumah untuk dibawa ke Kelana Jaya. Itu lebih baik. Kira macam siang hari buat aktiviti sukahati sendiri. Malam duduk dengan kami. So tidak lah dia keseorangan sangat. Sudah lah anak nya seorang sahaja yang ada dekat...jadi siapa lagi yang mahu jaga kalau bukan aku?

Tahu-tahu sajalah. Life style family saya memang begini. Saya perasan mungkin hidup saya macam tak berapa mahu sama dengan orang lain. Masa saya packed. Tapi Alhamdulillah. Sekarang masa yang dimiliki jauh ketara dari masa yang saya ada dahulu. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. :-).

Walau keadaan sekarang mungkin tak memungkin kan saya untyk membuat banyak aktiviti, Tapi sekurang-kurangnya saya ada ruang waktu untuk berbuat sesuatu. :-)

Sedar tak sedar, masa terbang. Kini semakin bertambah umur semakin laju terbang.
(Hoh! apa pasal kau bernada slow lagi sayu?)

Tiba-tiba "Eh? Sudah tengah tahun?" "Aik? dah hujung tahun??" "Hmm...tak lama lagi masuk tahun baru". Kejap saja. KEJAP. Hmmm

Saya tanya Abah masa dalam kereta.

"Kita makin tua, makin cepat masa jalan kan bah?"

Abah sambut:

"Ha ahh...kalau nak tau, masa belajar lah paling seronok. Paling tak ada masalah sebenarnya. Bila kita habis belajar, tanggungjawap bertambah. Kita makin leka. Tahu-tahu sudah kawen, sudah ada anak, anak dah besar. Memang kejap sangat kalau banyak tanggungjawap. Sampai anak sudah besar sudah dewasa pun tidak perasan. Tahu-tahu kita sudah tua."

Itu lah...masa itu sentiasa ada. Kita tak perlu cari pun dia memang ada. Cuma masa itu ada masanya. Kita tidak boleh cepat kan..atau lambatkan. Time never lie. Apa yang boleh tipu? "Rancangan" nya. Plan nya.

Sebab itu lah, rancang lah waktu kita sebaik-baiknya. Buat lah sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada kita, Kepada sekeliling.

Mungkin macam kau yang muda-muda terasa enjoy menikmati hidup. Mungkin juga akibat enjoy, kau lupa buat sesuatu yang baik untuk masa depan kamu.

Contoh mudah: Berjimat, mengumpul wang.

Sebab muda, macam-macam kita mahu. MAcam-macam kita ikutkan kata hati. Yang tidak penting pun jadi penting. Kita tidak sedar masa itu sedang beterbangan. Mempunyai had. 1 jam ada 60 minit, 3600 saat. 1 hari cuma 24 jam sahaja.

Selalu kita cakap masa yang mencemburui kita. Pada hal kita yang mengejar masa, Masa tak kejar kita pun. Kita cuma rasa masa mengejar kita jika planning kita tidak cantik. Kalau planning cun, Insyallah, semua smooth.

Jadi? Siapa yang tergila-gila siapa? aku tergilakan kau ke..ke kau tergila-gilakan aku nih? atau kita sama-sama gila? hahahaha!

Sebab kita gilakan masa, Jadi MASA tuh memang wanted habis lah. Kira glamour lah sebab jadi pujaan ramai kan? Itu lah untung jadi masa. Dia tak payah kejar atau cemburukan kita. Kita saja kena kejar dia untuk mengharungi hidup. Tapi kau cemburu tak dengan masa? ah! Macam tidak sempat fikirlah cemburu ke tak. Yang aku tau, setel!

No wonder la wujud orang yang tidak sabar dengan masa. Kau janji time itu, kau kena ada time itu. Kalau kau takde. Kena marah. Kau tinggal. Padan muka.

Yang hairan, ada juga orang yang lupa. Dia berlagak diva dan melambat-lambat. Bajet superstar yang ada fan berjuta-juta menunggu dia. Sangat tidak hormat masa. Tak baik tau buat orang menunggu. Kamu tidak hormat. Macam mana mahu orang hormat kamu?

See..See..

Ok..patah balik lah sikit. Sebab kita leka, tahu-tahu umur kita sudah banyak. Tiba-tiba kita tersedar. Baru mahu fikir. "Kalau aku tidak buat ini, mesti sekarang aku boleh dapat ini".

Contoh:

Kau muda-muda tergila-gila mahu itu ini. Padahal bila kau beli, kau tak gunakan pun. Lepas tuh jadi tukun. Useless.

Then kamu rasa macam mahu beli rumah. Tapi saving tiada. Gaji ada, tapi tidak tahu ke mana pergi. Kamu lihat tukun-tukun kamu, di congak-congak kau sudah bazir sama harga macam downpayment sebiji rumah idaman kamu. Akibat: kamu terlepas rumah idaman.

Konon-konon aje lah. Itu contoh. Kau saja tahu apa kau mahu. Aku bagi contoh je atas tuh...hehehehe

Kot-kot ada antara kamu fikir mahu kahwin ke...mana lah aku tahu.

Sebab lupa kumpul (beringat-ringat untuk masa depan), Lelaki/Wanita idaman hilang dikebas orang yang lagi laju mengumpul duit. Tidak mustahil bukan?

Alah...LOAN saja lah. Hello, berapa banyak hutang kau mahu buat? Anak 6 pun entah habis ke tidak. Lagi menyampah mahu bayar IF perkahwinan itu pendek. MEsti rasa sangat membazir. (OK! macam salahkan takdir pulak ye?)

So, ingatlah untuk kebaikan sendiri. Kamu mungkin perlu mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Tidak semua kita akan dapat. Jadi percaturan mestilah berstrategi. So?

Kau pergilah main chess (catur!)...percaturan hidup...hehehe

mASA bERTERBANGAN...
Vroooommm!

2 comments:

S.U.R.I.A.T.I said...

peringatan yg cukup baik...suke sgt bace blog ko nozie...kdg2 kelakar. tp mesti ade unsur2 nasihat.

Azira...Nozie...Kechik said...

kadang-kadang telintas sue...itu kena type masa ingat. Kalau tak kadang-kadang perah otak, taktau nak tulis apa. Blank