Entry ini jadi sebab dari lanjutan entry PACAR ini lah...
Kelihatan entry ini macam gedik pula. Ah..lantak lah. Hakikat bukan mahu bercerita tentang “Oh I miss u”..”I love you for ever and ever”…”Sayang, bila kita nak jumpa…lama tak tengok muka” (eeeuuuwww!). TIADA.
Cuma saya tergerak hati mahu berkongsi cerita sedikit. Sikit sahaja. Apalah ada pada aku untuk dikongsi banyak-banyak…
Dulu-dulu…saya fikir…kesetiaan dan kepercayaan dalam sesuatu perhubungan sudah cukup. Tapi bila sudah mengalaminya sendiri, baru saya tahu. “Oh! Belum cukup”
Kau tahu apa yang tidak cukup? Boleh bagi tahu?
Mungkin kamu juga tidak tahu,
Orang kata, semakin jauh semakin sayang, semakin kuat. Tapi bagi saya tidak juga.
Saya pernah berpacaran sepanjang 5 tahun dengan satu orang yang sama. Ini bukan cinta sekolah-sekolah ala monyet-monyet. Ini cerita bila saya sudah pun menjejaki usia awal 20-an. Konon dengan tunjang “Percaya” dan “Setia”. Di waktu itu saya sudah bersedia ke arah berpasangan tapi belum berfikir mahu berumah tangga kerana saya mahu mengejar cita-cita saya dan mahu menjadi seorang berkarier.. Fuyyoo! Statement apakah yang kau buat ni Nozie?
Tapi akhirnya kecewa bodoh macam itu sahaja. Mungkin bukan jodoh saya juga. Atau mungkin saya ini tidak cukup baik. Apa boleh buat
Tahukah kamu, untuk menyemai rasa-rasa macam bercinta itu bagi saya susah? Saya mengambil masa yang lama untuk bersedia menerima seseorang itu. Sebab? Saya takut untuk mengecewakan orang. Saya juga tidak mahu memberi harapan dalam kepura-puraan. I mean, bila berkait dengan hati dengan perasaan haruslah jujur. Harus lah serius. Ini bukan soal main-main bagi saya. (Walau mungkin ada orang, dia mahu main-main sahaja. For me, NO. Tiada masa untuk hal kecil-kecil nih)
Sebab itu, waktu zaman saya sekolah/IPT saya memang tolak mentah-mentah (baik-baik). HA! Kau mesti cakap aku jual mahal
Dari pengalaman itu. Saya lebih memahami diri saya sendiri. Saya ini orang nya “serik” sikit.
Untuk merawat hati (eceh!)…saya mengambil masa hampir 2 tahun juga untuk pulih dan memberanikan diri. Mahu cakap saya tertonggeng-tonggeng frust, macam tidak juga. Sekurang-kurangnya Allah tunjuk
Pengalaman ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati dengan orang sebenarnya.
Dalam tempoh membaik-pulih hati, ada beberapa orang
Mungkin ada orang cakap “Kau
Baik berundur sebelum kau mencetuskan sesuatu yang parah.
* Kini, saya tidak tahu sejauh mana saya boleh pergi. Tetapi saya berharap semoga ada jodoh antara kami (jika ditakdirkan). Saya belum dalam keterpaksaan lagi. Dan tak mungkin saya begitu. (harapnya). Jika ada di antara kamu yang memikirkan faktor umur kamu semakin lanjut memaksa kamu berkahwin, saya fikir kamu kena fikir semula. Kamu lihat semua rakan kahwin, kamu pun gelojoh batu cari juga pasangan. Pakai angkut sahaja. TOLONG SAYANG DIRI KAMU. Jika meletakkan faktor umur maknanya kamu mungkin ter-“tangkap muat” (pada pandangan saya lah). Alhamdulillah jika kamu berjumpa dengan orang yang betul, yang baik, yang sesuai dan kamu bahagia. Tapi bagaimana kalau kamu tersalah jumpa orang?
Jika di hitung-hitung secara kasar, saya telah mensia-siakan 7 tahun untuk mencari cinta (5 tahun dengan ex + 2 tahun untuk pulih. Hahahaha...patut lah muncul siri rancangan realiti - Mencari Cinta. Angka itu terus menaik dan menaik. Saya tidak tahu berapa lama lagi saya perlu menambah durasi tersebut untuk berhenti mencari)..eceh...ayat bunyi macam patah hati je..cess!
Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatmu.
Sekian, dari saya,
Sri Siantan (tiba-tiba)
No comments:
Post a Comment