Thursday, November 25, 2010

Syyyhhh...Harap "Cikgu Shida" Tak Baca


Assalamualaikum... Huhuhuh...syyyyyhh... Harap-harap "Cikgu Shida" tidak membaca blog saya ini. Diharap anak-anak muridnya tidak membaca blog tidak menarik saya ini juga. Blog merepek kuat tidak sesuai untuk pelajar sekolah. Lagi-lagi jika kamu sekolah rendah, amat lah tidak sesuai. Saya tekan kan sekali lagi ye...

Jap nak tekan...Tettttttt (tekan kuat-kuat)...TIDAK SESUAI DALAM MEMPELAJARI BAHASA JIWA BANGSA YANG ASLI.

Sebab?

Akan mempengaruhi penggunaan tatatertib bahasa yang salah tidak bertempat. Akibatnya- nanti FAILED UPSR bahasa Melayu Penulisan. Ya lah, kanak-kanak sekolah tadika atau sekolah rendah tahap 1 mestilah belum mumaiiyiz lagi (?). Tidak tahu membezakan yang betul salah kadang-kadang. Walau orang kata kanak-kana k sekarang bijak-bijak, tapi tidak mengapa. Kita "stick" dengan makna Mumaiiyizz tersebut adalah lebih afdal. Insyallah Okeh?

Bukan nya apa adik-adik sekelian. Kakak (eh?muda lagi eh?OK FINE! Jangan tanya!) tidak mahu kamu failed UPSR, PMR mahupun SPM serta STPM untuk paper Bahasa Melayu kamu. Malu tahu? Rugi! (aik?apa yang ruginyer kak?...Ahhh...sendiri pikir lah adik)

Kalau kau baca juga, kau GAGAL Bahasa MElayu, jangan salahkan saya. :-P . Amatlah tidak digalakkan mengikut susun kata bahasa di dalam blog ini. Untuk hiburan, silakan. Tak mengapa. Harap terhibur.

Akak mahu buat entry "Cikgu Shida" ni. Bukan entry failed kertas Bahasa Melayu. Lain Kali cerita.

Okeh...mari kita ke cerita utama.

TADI...

Tengok "Mukabuku". Tertengok video miming cikgu ini.

Aku bukan mahu kutuk okeh. Aku macam mahu ucap kan terima kasih dekat "CikguShida" sebab membuat aku gelak. I Liookeeee!

Walau may be pada certain people who watched this video kutuk-kutuk, but apa yang good side is she make me laughed. KAHKAHKAHKAH!! Terkekeh-kekeh tahu? Tapi tidak lah aku berguling-guling sakan macam Gaban ke apa. Tak ada, Aku gelak tengok Muka dia poyo-poyo serius menghayati lagu.

Memang tak kering gusi. May be aku ni jenis suka benda lawak-lawak. Even nampak bodoh ke apa, aku appreciate. Happy. Aku banyak kali ah tengok video-video dia. Dan aku sangat enjoy. Hilang sangap aku kau tau?

1st time aku tengok dia miming lagu Stacy-Jahat..lepas itu lagu Waka-waka - Shakira siap gelek-gelek dia..hahahahahahHAMPESS!

Then ada lagi klip video lain. Tapi aku tak boleh recall apa lagunya. Oh! Ingat...Wali Band nyer lagu.

Latest dia miming lagu "Bila Berpacaran - Meor, Ana & Altimet". Fuhhh!!Suka lagu ini. Lagu ini baru juga, kira Cikgu Shida ini up-to-date orang nya. Siap keluar video klip dah!

Hahahahaha!Hampess buat aku gelak. Tak boleh blah tahu!

Yang best cekgu ni (Cekgu siapalah ini? sila bagi tahu saya) akan mereka watak setiap lagu. Siap dengan kostum-kostum serta sedikit eksesori. Tidak lupa mekap-mekap semua. If watak di pegang bermisai, lelaki, kau akan tengok lah muka dia diconteng-conteng misai janggut bagai. Siap kadang-kadang pakai rambut palsu lagi (FYI, cekgu ini bertudung tau!).

Ye lah kan. Kalau Cikgu garang muka macam burung hantu, masuk kelas mengajar moody. Anak-anak murid stress. Nanati nak SCORE A macam mana kan? So ok lah ada cikgu lawak-lawak king ni.

Siapa mahu lihat muka watak terbaru Cekgu ini? Hands up in the air! Eceh! Jerit bajet kau sedang buat konsert yang dituntun jutaan perminat secara LIVE..Fuuhhhh! Kaya gua beb (apa merepek nih? tiba-tiba masuk bab berangan pulak! Maafkan hamba macam selalu. Hari ini sudah Khamis...esok Jumaat...)

Saksikan watak dalam lagu "Bila Berpacaran"

Bajet watak Meor

Bajet watak Ana Raffali

Bajet watak Altimet yang dalam dalam lagu umpama watak Setan

So...kepada sesiapa yang macam rasa mahu tengok video klip Cikgi Shida, boleh la google, U-tube atau ke facebook atau mana-mana yang terdapat dipasaran. OK?. Kau layan lah kalau berminat.

Klik ini pun boleh:

Antara contoh video
Aktiviti sekolah


Sebelum menutup tirai (eceh!)...saya mahu buat sedikit list sedikit tentang "pertama kali menonton Video klip nya"

1) Saya ingat dia tipu-tipu yang dia seorang Cikgu
2) Saya ingatkan laptop nya hilang lalu tersebar segala video klip
3) Mula-mula saya agak dia seorang lelaki tetapi saja mengubah watak sebagai perempuan.
4) Saya terfikir, jika betul dia cekgu, dia cikgu apakah? Guru seni? Bahasa Melayu? Jasmani? Budaya? English? Muzik?Ah...tak kisah apa pelajaran dia mengajar. She's fun. Memang boleh attract budak-budak follow rasanya.
5) Terfikir di sekolah dia bagaimana watak dia yang sebenar. Atau mungkin juga sesi mengajar dia ada terlompat terkinja-kinja atau membuat memek muka sampai anak murid dia boleh ingat aksi dan dialog dia?
6) May be dia seorang yang sempoi atau may be juga seorang yang agak gelabah sikit. Atau dia ini memang pembasah gusi orang ramai terutama anak-anak muridnya
7) Saya fikir Cikgu ini stress. So sebagai terapi stress, dia buat lah sesuatu yang fun. Yang menjadi kesukaan dia
8) Cikgu ini berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri, kalau tak takkan lah video klip lagu-lagu dia tersebar kan?atau memang dia upload sendiri di U-tube dan sebagainya. Kau ingat senang mahu sebar-sebar video secara rela? Kalau aku sendiri, aku fikir malunya aku. Tapi dia?
9) Agaknya cikgu ini mahu membuat kajian, kalau cekgu berperangai macam ini, apakah impak yang terbit dalam sesi Pembelajaran Adakah ilmu yang disampaikan akan di absorb anak murid secara laju-laju dan berkesan?
10) Jika dalam nyata dia sesempoi Video klip nya...saya fikir dia seorang guru yang FUN!
11) Cikgu ini sebenarnya actually bergaya juga tahu? Tengok baju-baju dan tudung-tudung dia. Aku pun tak pakai macam itu... * shy * (at least bergaya lah dari aku ni)
12) Agaknya may be dia bercita-cita menjadi penghibur. Tapi sudah jadi Pendidik. Cita-cita tidak terputus begitu sahaja. Dia jadikan hobi.
13) Cikgu ini orang nya kreatif. Aku ingat pantang sekolah kene buat persembahan. Dia lah yang kedepan offer diri bagi idea. Dia lah paling berkobar-kobar buat persembahan panca sitara dan sebagainya.
14) Cikgu ini mesti semangat dia tinggi dan kental. Kau fikir dengan video-video dia, apa feedback yang dapat? Sudah tentu baik buruk ada. May be ada orang cakap terencat ke putus wire ke...sewel ke bengong...TAPI aku percaya...tak kurang juga yang macam aku. Aku cakap dia Funny dan boleh buat aku yang kadang-kadang stress kerja bila tengok aksi bengong-bengong ubi...aku rasa terhibur. Aku tidak tahu pandangan para guru-guru lah. Mungkin ada cakap "Buat malu profesion guru-guru saje"...But anyway...lagi better dari Guru yang mencabul anak murid dan sebagainya kan? Hmmm

Dah...itu je yang terlintas.

Okeh beres! Tak sangka aku boleh buat entry ini. Anyway. Thanks Cikgu. Menghiburkan saya.

Bukan Cikgu Shida sahaja saya mahu ucap terima kasih. Tetapi semua guru-guru Malaysia yang bekerja kuat mendidik anak bangsa sampai ada jadi estronot tak kurang juga jutawan alaf baru dan sebagainya. Cikgu-cikgu yang multitasking, multipurpose, Multilevel, multiply, 14 in 1 macam KOpi kesihatan Mahkota dewa dan sebagainya..Thumbs Up to You!


* Frankly..kalau aku..aku tak sanggup buat macam Cikgu Shida ini, Anyway...again...aku cakap aku terhibur, Kebanyakan Video Klip tak boleh blah aku tengok! Lawak sakan! Cam Mentel pon iye...

Just in case Cikgu Shida atau anak-anak buah ke sesiapa terbaca, saya susun 10 jari tangan memohon kemaafan sekiranya mencetus pengecilan hati, Kalau boleh nak hulur jari kaki. juga Tapi tak sopan. Emak saya marah nanti. Kene cubit buat perangai begitu. Cukup lah 10 jari tangan sahaja.


Entry ini saya edit:

..ehemmm....alang-alang kalau Cikgu Shida baca...saya mahu cadang buat video lagu Suzanne - Muah ke...atau Rihanna - I love the way you lie ke...aku mahu tengok watak rihanna dan eminem macam mana...hahahahh!

Atau apa-apa lagu lah...Cinta Kosmic fabulous cat ke...Bukan Superstar - Project Pop ke...


Challohh!

Trimas




No comments: