Tuesday, November 23, 2010

Auwww..Lembutnya Tangan U...


"Pandai ibu bapa jaga tangan U ni...U pakai apa ni? Boleh i pegang?"--- Ayat gatal

Kau kalau jumpa orang macam ini, kau lempang "PANGGGGGG" jek 2-3 das. Tak hormat orang dia ni.

OK..OK...FINE...selalu merepek kuat-kuat lepas itu imaginasi pelik-pelik. Lepas itu, orang semua pun tak faham "Ntah apa budak ni merepek nih?buang masa je membaca.Blah la"

Padahal bukan mahu bercerita lelaki gatal ke apa. Tapi buat intro gatal.

Ok... Pernah tak kau terfikir macam kau atau ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang kau kenali terputus anggota badan? Just imagine putus tangan, kaki atau jari-jemari sudah lah.

Kalau kau imagine putus kepala. Kau sudah tahu jawapan nya apa. Tentulah orang tersebut sudah meninggal dunia dalam keadaan tragik sekali. Innalillahiwainnalillahirojiun. Dari DIA kita datang, Kepada DIA juga kita kembali. Sudah selamat kau menyemadikan jenazahnya. Selamat sudah dia ke alam lain.

TAPI?

Bagaimana dengan nasib yang masih hidup yang tersurat dalam hidup nya ditimpa musibah kehilangan anggota penting? Hilang tangan untuk memegang, hilang kaki untuk berjalan...hilang jari untuk mencuit? Mesti sedih kan? Saya terbaca di FB tentang penyambungan tangan ditulis oleh DR. Zubaidi.

Betapa kita sebagai manusia sempurna selalu terleka dan lalai dengan nikmat diberi. Bila di tarik nikmat tersebut, baru beringat.

Penyambungan anggota badan ini perlukan pakar melakukan nya- microsurgery. So, kau dengar nama pakar nya pun kau tahu sudah. Micro membawa maksud yang sangat kecil, sangat halus. Maka memerlukan ketelitian membuatnya/mengerjakannya. Pembedahan haruslah menggunakan microskop.

Agaknya perasaan macam time kita sekolah-sekolah dulu. Pelajaran Sains pakai microskop tengok specimen.

Sangat halus di mata kasar.


Bayangkan urat-urat yang bersaiz beberapa milimiter perlu disambung?

Mungkin makcik-makcik yang pernah membuat tenunan halus atau sesiapa yang pernah melakukan kerja halus lagi rumit boleh bayang. Mungkin faham.

Tapi menenun benang-benang maha halus mana lah sama dengan menyambung urat-urat, saraf dan salur darah hidup?

Ya Allah, bersyukur sungguh dalam kehidupan kita sekarang ada teknologi begini.

Kepada sesiap terputus mana-mana bahagian anggota, orang-orang sekeliling perlulah memainkan peranan untuk menyelamatkan anggota tersebut. Harus lah terus meminta bantuan kecemasan dengan kadar segera. Insyallah...jika rawatan dibuat dalam tempoh 2 jam sebaik kejadian terjadi, peluang untuk anggota terputus untuk disambung masih ada.

Lihat! peluang masih ada jika kita bertindak segera. Jangan lah terus putus asa dan meratap. Kita masih ada chance untuk mendapatkan semula kenikmatan Allah jika diizin-Nya.

Dari pembacaan saya di blog Dr. Zubaidi tersebut, saya sebenarnya lebih tertarik dengan kaedah "Melekatkan" tangan yang terputus ke kaki pesakit tersebut sementara menunggu kecederaan parah tangan penyakit itu sembuh.

Nak tengok tangan lekat dekat kaki?

Meh...

Tenung sekarang
.
.
.
.
.
Ini dibuat ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Mi Ling di China di mana tangan nya hampir hancur ditimpa kemalangan. Tangan nya tidak boleh disambung terus akibat kecederaan serius. Untuk selamatkan tangan nya, doktor "lekatkan" (grafting) tangan ke kakinya selama 3 bulan sementara menunggu kecedaraan tangannya pulih.

Kaedah penyambungan dipanggil "replantation"

Apa yang menakjubkan, tangan kanak-kanak ini boleh berfungsi setelah disambungkan! Maha Kuasa Allah

Ya Allah...kagumnya saya. Maklum lah, saya ini orang biasa-biasa yang tidak tahu apa-apa pun pasal ilmu-ilmu perubatan. Yang saya tahu, pening ambil panadol, tidur. Atau luka-luka cari iodin. Sudah. Itu sahaja, Kalau tidak baik, pergi klinik. Bayar. Habis cerita.Hmmm...

Walau cita-cita saya dari kecil mahu menjadi Doktor, tetapi hajat tidak kesampaian. Malah tersasar. Tapi syukur, masih ada rezeki buat saya di lain bidang.

Jadi, kita seharusnya perlu sedar dengan bertuahnya kita...betapa bertuahnya kita dijadikan sebaik-baik sesempurna manusia.

Jagalah nikmat sebaiknya sebelum ditarik balik...

Bacaan lanjut boleh lah ke blog Dr Zubaidi.

Terima kasih.


No comments: