Thursday, November 4, 2010

Antara Keinginan, Hasrat & Harapan...

Thank to Google...for more, pls visit glasbergen

Yang ditulis adalah saat ini yang terlintas…


BAHAGIAN 1


Benda yang saya teringin saat ini:


1- Berkaraoke

2- Bermain snuker, pool

3- Bercuti-cuti

4- Pergi ke spa & facial…nak rasa perasaan macam mana..

5- Membuat bungee jumping

6- Membeli hartanah

7- Memiliki keluarga sendiri

8- Memandu jet, naik belon api

9- Berkongsi cerita

10- Men-deco rumah

11- Masuk Amazing Race

12- Memiliki company sendiri

13- Masuk pertandingan, menang..HAHAHAHAAH

14- Joint konvoi ke mana-mana

15- Berskuba diving

16- Macam-macam!


BAHAGIAN 2


Hasrat saya pada saat ini:


1- Menggembirakan semua orang, tidak mengecewakan orang.

2- Membantu orang jika termampu

3- Menjadi orang yang boleh membahagiakan dan dibahagiakan

4- Untuk mencapai point nombor (7) di atas, saya berhasrat untuk berkahwin. (eceh!)


BAHAGIAN 3


Harapan saya setiap saat yang dilalui:


Semoga saya berbahagia selalu. Orang-orang di sisi saya juga berbahagia selalu. Saya atau orang lain tidak mencari pasal sesama sendiri. Jika memiliki sebarang masalah, cari penyelesaian bersama-sama dengan konsep menang-menang (masing-masing puas hati)


Untuk point nombor (4) BAHAGIAN 2, jika saya berkahwin, saya berharap saya menemui orang yang betul. Yang menerima saya seadanya saya dan keluarga. Yang membahagiakan saya, menghormati dan menghargai saya. Yang sudi berada di sisi saya walau bagaimanapun keadaan saya, berkongsi tawa dan tangis (pernah tak kau terfikir kau menghidapi sakit teruk..tiba-tiba orang kau harap menghilang?melarikan diri?mesti sedih kan?). Sama juga seperti saya kepadanya. Bersama orang tersebut, saya mahu membina keluarga yang diimpi bersama-sama. Sentiasa menyokong di antara satu sama lain.


Saya berdoa saya menjadi isteri dan ibu yang baik (juga anak dan kawan yang baik). Mempunyai anak-anak yang baik budinya. Saya mahu semua orang di keliling saya tersenyum menikmati hidup…


Saya berdoa orang-orang disekeliling saya hidupnya diredhai dan dirahmati oleh Allah di dunia & akhirat. Seandainya ada yang terleka, harap diberi kesedaran sebelum terlewat.


KEINGINAN itu tak semestinya di capai. Kalau lihat…apa yang teringin…sebagai manusia…panjang listnya…kan? Hanya sekadar untuk memenuhi permintaan perasaan/kemahuan/kepuasan. Jika tidak dapat, tidak mengapa, syukur dengan apa yang ada…


HASRAT itu adalah seperti cita-cita yang mesti saya capai…apabila disenarai pendek kan KEINGINAN..di tapis-tapis apa yang betul-betul nak…itu je la list nya… (Kalau boleh...apa semua pon mahu, kan?


HARAPAN pula setelah HASRAT dicapai…


Hmmmmm...semua saling berkait...kalau tak ada IMPIAN..tak ada lah cita-cita...tak ada lah perancangan...tak adalah semua...semua KOSONG/EMPTY...habis?kau hidup ni untuk apa?


Jika keinginan tidak tercapai/dapat...jangan lah kau bersedih hati...kerana ada banyak lagi yang boleh kau buat selain dari perkara-perkara itu...jika ada satu yang buat kau sedih...ingatlah...ada seribu benda lagi yang Allah beri yang boleh buat kau gembira, tersenyum...Insyallah

No comments: