Tuesday, November 30, 2010

Sentimental La Kau Ni...

Mentel ke mental ke mentol kau ni? :-P

Hahahaha...(OK...belum cerita apa-apa aku dah gelak. Perasan la tuh bajet orang paham. Padahal sorang pun langsung tak paham. Nyampah!)

Tak..tak...

Tak mengapa kalau kau tidak faham. Sebab aku sedang meng-imaginasikan keadaan.

Hari itu. Jumpa Bai Roti. Kamu kenal kan Bai Roti itu siapa dan apa kan?
Biasa lihat kan?

Erm...siapa yang tidak biasa, pernah tak kau nampak Pakcik Pakai "Dut" jual roti pelbagai naik motor? Dia naik motor sambil bunyi kan "Pooonn POOooN PoOOnn" (atau Porn porn? how to spell untuk menjiwai bunyi itu eh?Ah! abaikan..kang orang cop aku lucah! Blah!)...Atau kadang-kadang ade yang bunyi nya "Piinnnn...PPPiinnn..PiiiNn" (Ayah Pin kah tuh? Ntah!)

OK la..skip la..mukaddimah mahu meng-explain siapa Bai Roti pun sudah habis setengah page. Lece kau ni Nozie, B.M out dalam menterjemah maksud.

Wait a minute. "Dut" kau tahu kan? Yang macam serban kaum Singh pakai tuh. Ah...sudah-sudah la explain. Orang tak minat nak tahu lah.

Baik lah..baik.

Mama cerita masa dalam kereta. Masa balik dari Kelana Jaya ke rumah.

Dia cakap dia terkenang kan kami adik beradik. Macam-macam perangai.

Along (Aku)

1- Masa aku kecil, aku menangis satu pasaraya Emporium dekat Kluang Johor sana sambil jerit-jerit cakap "Nak PACECEK..nak PACECEK!" sambil jari tunjuk-tunjuk. Mama dan abah tunjuk semua barang aku tak mahu. Then sampai dekat ruang makanan/minuman. Kau teka , Apakah itu "PACECEK!PACECEK!"?

JAwapan: Vitagen (aku pon sekarang fikir apa pasal Vitagen boleh bunyi PACECEK)

2- Masa aku sudah besar sikit, time tadika lah. Kawan-kawan beli jajan tiap kali habis sekolah, Aku tak beli. Tapi follow teman kawan aku yang tinggal rumah sebelah beli jajan. Diorang belilah Sate Ikan lah, Gula-gula Susu ada gambar arnab lah, Aiskrim Pop lah! Gula-gula belang-belang yang ada percuma cincin lah. Balik rumah aku cerita dekat Mama. So mama pun bagi aku 20sen esoknya. TAPI! bagi 20sen, bawak balik 20sen ke rumah. Tidak beli apa-apa. Padahal semalam sebok-sebok minta duet mahu beli jajan. Bila sekolah rendah, mama bagi 50sen ke 80 posen ke...balik-balik, aku bawa duet balik. Mama tanya kenapa tak belanja? Aku cakap "Tak tahu nak beli apa". Hakikat: aku malas mahu pergi kantin lepas itu beratur ramai-ramai. Lepas tuh aku malas mahu cakap banyak dengan Makcik Kantin. Sebenarnya aku malu mahu bercakap. Aku suke main dengan kawan-kawan sekolah main sep-sep tiang ke kejar-kejar jek. Toilet pun aku takut mahu pergi sebab aku dengar cerita "Toilet sekolah berpuaka". Cess! Buat malu.

3- Suruh aku jadi tester makanan. Aku akan cakap "Sedap" "OK". Tak kira lah apa-apa. Semua "OK". Itu yang malas mahu tanya tuh!

Abangah

1- Masa kecil-kecil. Dia keras. Dia macam membesar dengan slogan "NAK JUGAK". Makna kata lain, IF dia mahukan sesuatu, dia mahu juga, Macam lalu jalan mana-mana tengok-tengok ada permainan robot-robot ke...kereta lori ke apa, dia MESTI mahu beli. Kalau tidak beli, dia duduk macam Tugu keras kejung dekat situ. Siap orang heret ke dukung dia buat keraskan / beratkan badan. Kadang siap dengan package guling-guling dekat lantai sambil meraung-raung nak. Hoh! Tak senonoh la kau ni ngah! Buat malu Kak Long je. Sebab itu lah, masa kecil-kecil, kalau mahu berjalan ke mana-mana, Zone Barang Mainan mesti di elak. Kalau tak sure ada TUGU JADIAN.

2- Macam biasa, masa kecil, Abangah lah paling banyak mainan.. (Umur saya dengan dia beza 5tahun.) Satu bakul kau tahu? Kakak dia? ada seekor patung Arnab telinga panjang sahaja. Itu sahaja di pelok sampai umur aku 10 tahun! Lepas itu hilang. Mama buang. Mama cakap busuk. Koyak-koyak. Patah hati aku tidur tak lena.

3- Sebab kan banyak mainan, asal beli je..boleh jamin setiap barang yang di beli akan rosak. Sebab? Abangah bajet macam terer. Padahal curious. Dia akan buka-buka mainan dia. Kunun me-repair, padahal menjahanamkan adalah.

4- Selalu dapat roti free dari Bai Roti. Hari-hari sure dapat. Sebab Bai itu suka budak-budak. Lagipun time kecil-kecil Abangah ni muka "Tampan". Hahahahaha! Sekarang? Huhh! Jangan harappppppp.... :-P

5- Dia ini sukahati sikit tau. Keluaraga saya tiada amalan menyambut hari jadi. Tiada any celebration Habis kuat beli kek. Itu pun setelah kami-kami pandai sikit, pergi sekolah, Cikgu tanya "When is your birthday?". Balik rumah baru tanya Mama. Saya sendiri tidak pernah terfikir hari jadi saya. Saya cuma excited makan kek jika ada rakan-rakan membuat sambutan hari jadi sahaja. Mahu dijadikan cerita, Abangah masa itu tadika. Sudah pandai. Sudah tahu bila harijadinya. Oleh sebab dia sudah tahu, dia pandai-pandai jemput rakan-rakan kelas nya datang ke rumah. Dia cakap ada party harijadi. Balik rumah dia tanya Mama

"Mama, hari ni nak masak apa? Abangah dah jempot kawan datang rumah".

Mama tercengang. Mama tanya

"Jemput kawan-kawan kenapa?"

Dia jawap

"Harijadi abangah lah"

Mama terkejut.

"Hishhhhh...siapa suruh jemput ni? Dah...bagitau kawan-kawan semua tak ada buat makan-makan. Kenapa Abangah buat macam tuh"

Abangah jawap

"OOO..ingatkan ada. Ingatkan tiap hari jadi kena buat macam tuh"

* dia ingatkan party itu kewajipan. Sebab beberapa hari sebelum nya kawan dia jemput ke rumah untuk Birthday Party. So dia fikir, dia punya pun begitu.

Mama cakap, kalau dikenang-kenang perangai Abangah, memang lucu. Paling lucu dalam adik-beradik.

Yuyu

1- Kalau jaguh Milo. Bagi dekat dia. Dia kuat minum Milo. Kecil-kecil, semua orang tidur, dia bangun ke dapur buat Milo sorang-sorang. Lepas itu tinggal cawan atas meja. Esok mama jumpa cawan.

2- Kalau Kak Long dia, mama bagi duit, bawa pulang semula sebab tak tahu mahu beli apa, tetapi Yuyu, kau bagi lah berapa, confirm selamat habis. (aku dengan Yuyu beza umur 9 tahun)

3- Masa kecil Yuyu sangat senyap tau. Diam sahaja. Orang agah-agah, dia senyum sahaja. Tak berbunyi gelaknya. Mama dengan abah ingat dia bisu ke apa. Diammm aje. Rupanya bila geletek baru ade reaction. Oh! adik ku. Sekarang tak payah cakap. Mulot bercakapppppppppppppppp aje. :-P

OK! no photo mahu tempek. Sebab kena geledah Album. Akan ditempek jika ada harapan ketemu Album Nostalgia.

Bye


No comments: