Bila jadi sesuatu yang kita tak mahu, tak suka, menyampah, benci, rimas...
Kau cakap hidup itu teruk...
Bila berlaku sesuatu yang mengecewakan, menghampakan, menyedihkan...
Kau kata hidup itu teruk...
Hidup itu mengecewakan...
Hidup itu tidak adil...
Bila bertimpa-timpa masalaha kau cakap hidup itu juga teruk...
Kau duduk sendiri menangis meratap sendiri...mungkin juga meminta mati dari Tuhan, sedangkan MATI itu tak perlu di pinta...ia akan datang bila sampai waktu...DIA akan hantar secara PERCUMA tanpa BAYARAN, tapi perlu PERSEDIAAN...apa yang kau dapat jika kau meminta itu?
Jadi? Apa yang tidak teruk? apa yang tidak menghampakan? apa yang tidak menyedihkan kau?
Kau terus juga duduk sendiri dan bersedih seperti hari esok sudah tiada...
Tanpa mahu membuat apa-apa...
Kau masih bermimpi meminta untuk diundur waktu, untuk membetulkan keputusan yang pernah kau buat dahulu
untuk apa?
Kadang-kadang kau cuba untuk menjadi seperti HAKIM untuk mengadili sesuatu...
untuk apa?
Apa kau dapat?
.
.
.
.
.
.
.
.
Bila kau gembira, di awang-awangan, berseronok, dalam kebahagiaan
kau kata hidup itu cantik...
hidup itu nikmat...
hidup itu bahagia...
Kau kata rugi kalau sesiapa yang lepaskan peluang...
Tapi apa yang bahagia? apa yang seronok? apa yang nikmat?
Kau terus menikmati, berseronok, berbahagia...
Seperti hari esok kau tahu apa yang jadi...
Hari itu masih lama lagi...
Kau terus menjadi seperti RAJA, meminta itu ini...
Menikmati itu ini tanpa melihat ke bawah, ke depan mahupun di belakang kau...
Kadang-kadang, bersyukur pun tidak ingat...
Malah mungkin kebongkakan di hati pun mula tumbuh...
Kau terus berseronok, menikmati, menghayati,
bertepuk tangan keseronokan, keriangan...
Kau tersenyum...senyum...dan senyum
Kau tertawa...tertawa dan terus tertawa....
Betul kah kau bahagia?
Betul kah hidup itu cantik?
Secantik mana, sayang?
Boleh kau bagi tahu kepada aku?
.
.
.
.
.
.
Ketahuilah, sama ia teruk atau tidak, cantik atau tidak, sakit atau tidak, nikmat atau tidak...
Semuanya membawa kepada satu perkara...
iaitu
.
.
.
.
.
KEHIDUPAN...
Hadapilah...laluilah...
Itu jalan mu...

No comments:
Post a Comment