Lately...
Macam banyak saya dengar tentang orang yang saya kenali jatuh sakit.
Tidak terkecuali juga bagi ahli keluarga saya.
Saya harap Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk saya sekeluarga.
Supaya boleh/mampu menjaga mereka yang tidak sihat.
Ini penting! Jika bukan orang-orang macam aku, siapa lagi?
Takkan lah aku mahu ambil personal nurse ke atau upah maid ke untuk jaga?
Apa aku ini macam tiada tenaga ke mahu melihat-lihat walau kejap?
Saya tidak risau tentang diri saya. Alhamdulillah Allah masih mengurniakan kesihatan yang marvelous boombastic kepada saya. Syukur.
JADI! perlu jaga diri sebaik-baiknya.
Dan KAMU juga perlu, OK?
PENTING! jika kamu masih tidak kisah diri kamu, kamu kena fikir semula...bukan untuk kamu sahaja, ini untuk keluarga kamu, untuk suami/isteri kamu, anak-anak kamu, ibu bapa kamu dan sesiapa sahaja...
Eh? Tiba-tiba teringat kempen merokok sekarang pulak! Yang orang ramai-ramai buat aksi tak nak sambil muka kerut-kerut tuh
* sila baca baca naDa menekan:
- renung ke matanya...(orang yang merokok tuh lah!)
- letak dua jari ke mulut (mulut kamu lah!)
- gerakkan jari kamu/ tangan kamu ke kanan ke kiri ke kanan sebagai tanda "TAK NAK" (jari kamu lah!..jangan kau naikkan jari hantu/tengah kamu pula sahaja...no good..hep!)
Ha! kalau kamu ayah, anak kamu buat macam itu, apa kamu rasa? :-P
Moh le kita sama-sama ye.. :-)
Tuesday, November 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment