Assalamualaikum anak-anak sekelian...
Mari sini...ibu mahu berpesan sikit-sikit.
Kita kutip Ilmu sama-sama ye...
Stress...tekanan...depress? siapa yang tak pernah mengalaminya? angkat tangan sekarang...
Oh? Kamu?...
Isk..isk...damainya hidup kamu...kamu ini mesti tiada masalah langsung ye? atau kamu memang tidak pernah berfikir apa-apa nih?
Walau dengar macam nikmat, tapi macam rugi pula jika kamu tidak pernah merasa/mengalaminya...
Kamu tahu, ibu kucing pun ada stress memikirkan dia mahu beranak di mana? stress memikirkan adakah anak dia selamat dari pemangsa bila lahir? Stress bila memikirkan ada bapak kucing cuba mahu mengorat dia sewaktu dia belum pun habis pantang? (Apakah kau cakap nih Nozie?)
Ah...abaikan...malas nak delete, type penat-penat tadi tau...hehehe
Kamu tahu? Manusia dan masalah...serta tekanan itu tidak boleh dipisahkan? itu lah kehidupan...itu lah ketentuan...
Allah beri kita akal untuk menggunakan sebaik-baiknya untuk selesaikan sebarang perkara yang ditakdir untuk diri kita...
HA! KAmu di sana...mengapa kamu berwajah suram? Kamu sudah buntu kah? atau masih memikir-mikir sampai tidak tahu apa langkah yang harus kamu ambil?
Sabar ya...setiap perkara ada dugaannya...dan sudah pasti ada jalan penyelesaiannya...
Sama ada ia mudah atau sukar...kita tidak tahu
Tapi Allah bagi kekuatan buat kita...
Jadi?
Makcik mahu cakap apa sebenarnya nih? Kalau kita stress kena buat apa? boleh bagi tips ke?
Errrrr...makcik cuma mahu berkongsi sahaja. Sebab makcik pun manusia. Ada masalah juga. Stress juga. Uban pun sudah memutih...jap eh...nak batuk sikit..."Uhuk!Uhuk!"
OK, FINE! Tak payah merepek kuat-kuat. Hari ini hari Jumaat. Kita terus ke titik utama (Main point): STRESS
Jika kamu stress, tapi tidak tahu bagaimana mahu buat. Tidak tahu kepada siapa kamu mahu mengadu. Mungkin kamu malu. Atau mungkin kamu fikir orang akan fikir masalah kamu sebagai "Ek Elleh? tuh jek....tidak la hot sangat"...Atau kamu mungkin fikir, jika kamu mengadu hanya menambah stress kamu, kamu boleh lah mencuba cara ini.
Insya-Allah gerenti Rahsia tidak pecah. Tidak ada isu tikam belakang yang akan timbul.
Caranya: Bercakap dengan diri kamu sendiri.
So?
Takkan lah kau cakap dengan diri kau...lepas tuh kau sendiri yang bocor rahsiakan? Takkan lah kau dengki dengan diri sendiri lalu menikam belakang kau kan? Nanti kau tergeliat salah urat pulak akibat mahu tikan belakang kamu sendiri. Kena pergi jumpa tukang urot pula. Leceh. Susah! Lupakan sahaja.
Yes, makcik paham, bila kita hidup, cabaran nya penuh. Makcik juga percaya ramai dikalangan kita yang kecundang jatuh tersungkur menyembah bumi malah tergolek-golek "dog" masuk ke lurah dalam yang gelap.
Sampai rasa benci menghadapi dunia. Benci mahu lihat burung-burung terbang keriangan. Benci mahu melihat bunga-bunga berkembang mekar. Kamu tidak bermaya. Macam malas mahu hidup.
Jangan lah begitu sayang. Kamu masih punya waktu. Masih punya nikmat untuk menikmati hidup sebaik-baiknya hidup itu.
Jangan bersedih. La Tahzan... (Ok! siapa mahu memotivasi diri sendiri. Tidak mahu luah kepada sembarangan orang, tapi perlu kan sesuatu untuk menghadapi tekanan, perlu sesuatu untuk sokongan, saya sangat mencadangkan anda membaca buku ini. Salah satu cara melepaskan tekanan adalah melantik buku sebagai teman)
Eh?Tiba-tiba aku promosi tak pasal-pasal. Anyway..aku suka buku-buku itu. Walau kadang-kadang bahasanya aku macam tidak berapa faham. Macam blur-blur ubi masa membaca. Tapi tidak mengapa.
Berkomunikasilah kamu dengan diri sendiri. Aku bukan suruh kau duduk di bus stop kemudia cakap sorang-sorang. Kemudia buat aksi macam nak tumbuk diri sendiri. Bukan...Jangan begitu lah. Nyonya yang tunggu bus takut tengok kamu begitu.
Kamu haruslah:
1) Menerima hakikat bahawa kamu masih terpilih untuk mengharungi hidup ini. apa-apa yang terjadi, kamu harus teruskan. Kamu tidak boleh mengundur. Sebab masa itu tidak mungkin berhenti. Masa tidak pernah menipu kamu. Kamu mesti niatkan di dalam hati yang kamu tidak boleh gagal. Kamu tidak boleh sia-siakan hidup kamu. Harus berusaha dan berikhtiar. Kemudia berserah kepada Allah.
Kamu juga perlulah maklum, kadang-kadang kamu rasa sesuatu itu adalah yang terbaik buat kamu, tetapi sebanarnya Allah lagi tahu apa yang terbaik buat kamu.
Kamu mungkin berkeras hati, enggan menerima ketentuan. Tapi kamu harus lah bersabar. DIA maha tahu. Takkan lah DIA mahu menganiaya kamu kan?
Kamu cuma perlu siapkan diri kamu sahaja untuk menghadapi sebarang perkara yang berlaku. Tapi bukan tunggu buta macam batu sahaja. Kamu kan masih punya akal. Kamu fikirlah untuk kebaikan kamu.
2) Ketahuilah...jangan lah kamu terlalu ikut perasaan. KEkecewaan dan perasaan sakit hati yang berterusan hanya menambah sengsara di jiwa kamu. Mengapa kamu memilih untuk menerima duka jika bahagia ada? Kan bodoh kalau meratap sesuatu? Ingat. Kamu tidak mungkin boleh mengundur waktu.
Kembalilah ke alam nyata. Bila kamu menghadapi masalah, kamu tidak seharusnya diam dengan harapan dia pulih sendiri tanpa kamu cuba perbetulkan nya. Kamu haruslah berusaha untuk mengatasi dan menyelesaikan. Berdiam diri sahaja bukan lah benda yang bagus untuk situasi ini.
"Ah...nasi sudah menjadi bubur. Tidak guna buat apa-apa"
Oh! Kau lupa ye? Bubur masih juga sedap tahu? Kau boleh meletakkan ayam, daun sup, bawang-bawang, cendawan, sambal dan sebagainya bagi meng-enak kan dia? KAu tahu? Kau boleh kenyang tersenyum, tahu? Malah kau boleh bagi orang yang sedang lapar kenyang. Boleh kau bayang? Kau sedang memberi bahagia?
See...see...seee
3) Kau tak payah la susahkan diri kau jadi tugu negara. Dengan harapan masa tak bergerak. Tak mungkin. Percayalah, setiap permulaan ada penghujungnya. Setiap kepedihan kesedihan ada kegembiraan. Ada kebahagian. Insya-Allah.
Yakin lah bahawa Allah sayang kamu. Apa-apa yang Allah uji, DIA sudah tahu keupayaan kamu. DIA tidak mungkin memberi kan sesuatu yang melampau-lampau batas kemampuan kamu. Allah sayang kamu, tahu tak?
Kamu sayang DIA?
Tak payah lah kamu menzalimi menghukum diri serta berfikiran buruk. Itu semua menyusahkan kamu. Kamu tahu Syaitan memang suka meracun fikiran kita di kala tertekan?
Kamu kene tunjuk steady sahaja sama NATES tuh! baru lah dia give up nak ngorat kau.
Kamu harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuan kamu, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Kamu juga tidak perlulah berlari mengelakkn kenyataan. Kamu mestilah gagah berani perkasa menerima pelbagai persoalan. Lari bukan lah penyelesai masalah. MEnambah masalah ada lah!
Jangan lah belum apa-apa, kau angkat bendera putih. Tak best tau kau nih.. :-(
Allah kan sudah janji:
4) Telek lah diri sendiri. Nilai lah diri sendiri. Allah menjadikan kamu bukan untuk kamu sia-siakan diri kamu.
Kejadian kamu ada hikmahnya. Apa yang terjadi ke atas kamu juga pasti ada hikmahnya.
Sepahit-pahit ubat pun jadi penyembuh kepada penyakit.
Bila kamu sabar, kamu tahu jawapannya. Kamu tahu jalan nya. Benar tetap benar. Kebenaran itu bersifat kekal.
Jangan salahkan diri kamu. Takdir yang menimpa mungkin peringatan di atas dosa dan kelalaian kamu. Kamu perlu mencari salah itu dan perbaikinya. Bukan menambah rosakkan lagi.
Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
5) Allah malu jika tidak memperkenan kan permintaan Hambanya? Yakin lah Allah adalah satu-satunya penolong kamu. Setiap yang berlaku hanya berlaku dengan keizinan-Nya. Kun Fa Ya Kun.
Yakin lah.
Allah sudah banyak memberi jaminan kepada kita. Tapi kita selalu tidak ambil pusing. Tidak hirau. Lupa
JADI?
Jika kamu berasa tertekan...pandang lah kepada diri kamu. Berilah semangat kepada diri sendiri. Fikirkan orang-orang sekeliling kamu...
Senyum lah...
No comments:
Post a Comment