Thursday, November 18, 2010

Anak kucing dengki di Aidiladha

Salam Aidiladha semua...

Apa yang telah kamu korban kan pada tahun ini eh?
Saya?Err...lain kali la cerita...hehehehe

Huhuhuhuhu..

Semalam raya, sebelah paginya hanya duduk di rumah. Kemudian Makcik sekeluarga (Adik abah) bertandang menziarah. Duduk dung dang dung dung dang borak sampai la ke lunch hour.

Tiada masakan special pun di rumah. Makanan standard - Rendang ayam dan nasi impit. Kemudian ada lah sikit-sikit goreng nugget dan bebola api (?)...i mean bebola ketam sebenarnya. Hehehehe...

Lagi pun adik-adik tiada di sisi. Jika tidak, Abangah mesti request buat lontong, Yuyu pula request buat Ayam merah. Saya? Saya tak payah request..apa-apa pun OK.

Adik-adik beraya di kampung. Yuyu siap call cakap Mok Yah (Makcik) & Mek buat nasi dagang. I jelesss...tapi tak mengapa.

Belakang rumah saya, nampak macam 2-3 ekor lembu tumbang.

Ini antara hasil:


Justify FullKulit lembu. Agaknya boleh buat kompang ke atau barang hiasan ye?

Ok! Skip...skip menu. Apa lah kau ni Nozie. Tajuk macam mahu cerita kucing. Tapi kulit lembu yang keluar? Tak lalu lah mahu tenung.

OK kawan-kawan...saya selalu terkeluar dari landasan. Mohon maaf macam selalu... :-(

Petang-petang, selepas waktu Zuhur. Cadangnya abah mahu mengajak beraya. Sebelum itu singgah rumah Kak Ton. Hidangan Bakso menanti kami.

Lepas itu terus bergerak ke destinasi utama - KL. Drive beberapa kilometer sahaja, baru sampai di Subang Perdana dengar anak kucing menangis-nangis.

Hishhh!!! Suspen! Spoiled!

Sah ada anak kucing panjat menyorok dekat kereta saya ini.

Berhenti tepi jalan, tengok-tengok ada anak kucing tergantung-gantung kakinya di spring tayar depan kereta. Walaweihh! nasib kau tak kena gelek. Kalau tak, dengan kau sekali selamat kena korban. Sangat nakal! Entah anak siapa lah ini...

Terpaksa patah balik menghantar anak kucing itu. Saya agak mesti anak ibu kucing yang terbiar yang selalu nampak di sekitar kawasan rumah saya - Mini Gonzalezz diberi nama!

Bila hantar, pegang-pegang dia...terlepas...langsung dia panjat masuk enjen kereta saya!

Weyyy!!! orang nak pergi raya. Apa pasal kau dengki.

Uwaaaaaaaaaaaaa!

Sudahnya saya masuk rumah sahaja. Tunggu anak kucing dengki keluar. Adalah setengah jam menanti.

Tak boleh jadi. Buka bonet depan. Curah-curah air, tak kena. Tak mahu lari. Ambil lidi diam..siap anak kucing marah-marah konon-konon kita kacau dia. Padahal kau yang menyusahkan aku. Dia tak tahu.

Lepas itu nampak macam ada satu bahagian tangan saya boleh muat. Cuba tarik badan anak kucing itu. Kena gigit kot. Berdarah sikit. Sikit sahaja. Rugi setitis darah "O" saya. Eceh!. Terlepas lagi.

Aduh...sabar sahaja aku.

Last cuba buat macam kereta kena gegar taufan ke apa sambil kacau-kacau cucuk lidi banyak-banyak dekat lubang-lubang dalam enjin sambil jirus-jirus air.

Fuhhhh!!!


Keluar pun kau!

TAPI!
Bukan seekor...dua ekor.

Aduhai...

Then berangkat lah kami beraya ke Bdr Tun Hussein Onn. Rosak aturcara. Lewat sampai.

Memang anak-anak kucing ini pendengki. Tak mahu bagi kami beraya.

Kau dan adik kau lah yang buat dengki ni...cess!

Setitis darah jenis "O" yang sihat dibazirkan. (Poyo lah minah ni, sikit pun kecoh!) - eh biarlah...ada aku kisah (ayat kerek :-P)

* Lagi syiok...abah mula-mula cakap rumah pakcik di Taman Tun Razak. Sampai sana tak jumpa pun. Jalan macam lain macam. Call pakcik, dia cakap rumah dia di Tmn Tun Hussein Onn. Waduhh!!!

Sekian tamatlah sudah cerita Aidiladha saya....sroot..sroot..sroottt

3 comments:

zey said...

hee... i xsuka bila tgk kucing quarell taw~

mamawana said...

Salam

Anak kucin tu nak ikut beraya gak...cian dier. Nasib tak kena lenyek.

Azira...Nozie...Kechik said...

Zey:

Hohohoho...
Bila nak cepat-cepat kan...rasa macam nak cubet sangat-sangat anak kucing tuh...gerrrammm...

Kita kejar masa, tapi dia buat lambat...

Mamawana:

Kalau nak beraya pun jgn la masuk enjen...nanti mati habis kereta tuh berhantu...huhuhuh..takuttt