Thursday, November 11, 2010

Hoye! Hoye! UPSR...

Eceh! poyo semangat macam aku yang ambil UPSR...

Padahal tidak pun. Aku sudah tua. Uhuk!

Telah meninggalkan paper itu selama..errr....kira kejap...ah malas! berbelas tahun sudah!

Tahniah buat anak makcik saya (Errr...sepupu saya lah tuh!)...Shahrul...dapat 4A 1B...Tetttttttt....tak apa...Abg Nyarul (Alya panggil dia macam itu) sudah cuba yang terbaik kan? Nanti usaha lagi dan lagi untuk masa akan datang demi masa depan. OK? :-)

Jangan sedih-sedih ok. Abang dia, Shahmir dulu got 5A's.

Kak Long dulu dapat 3A 1B. Hmmm...jadi kita boleh kawan lah kan?hehehehe
(siapa pula Kak Long nih??)


Sebenarnya, saya cuba untuk mengimbau kenangan sewaktu saya berumur 12 tahun. Kenangan macam mana saya mengambil kertas peperiksaan UPSR. Hmmm...Ketika itu tahun 1995. Fuhhh...SK Subang dalam kenangan.

I Love U!

Hmm..tiada kenangan cinta. Eceh! Memang tiada hati lah mahu berpacaran. Macam tak nampak berapa perlu. Atau LANGSUNG tak perlu. Tapi kenangan sukan ada.

Eh? tiba-tiba cerita Cinta pulak. Skip..skip...

Saya ini bukan lah dikurniakan otak yang serba geliga lagi smart. Tidak gifted. Sederhana sahaja. Macam kebanyakan.

Tidak rajin belajar pula. Apatah lagi membuka buku selepas waktu sekolah. Itu memang bukan saya.

TAPI!

Saya akan siapkan homework yang cikgu bagi. Akan terus di buat antara waktu kelas. Atau sementara guru masuk kelas. Atau kalau tidak sempat akan terus saya heret buku homework ke sekolah agama terus. Tiada plan konon-konon nak buat malam. Tidak. Tiada masa. Ah! I busy! eceh!

Padahal aku tidak busy pun sebenarnya. Cuma bila balik rumah saya mahu tengok TV la...nak heret Yuyu (time tu dia kecik lagi) main buaian lah, saya pula sebok nak main galah panjang la, rounders lah...kejar-kejar block la...police sentry la...main chapping lah..apa-apa saja lah. Buku semua saya tak mahu peduli. Tak nak. Tak mau.

Nanti tak boleh main!Rugi!

Isk...serius lah, i can't remember anything at that time. How my preparation for the BIG exam. Macam tak ingat apa-apa. Tiada ke tuisyen. Erm...kelas tambahan? Mungkin ada attend kot. Tapi tidak ingat lah. Yang saya pasti, saya ingat ada tidur-tidur di sekolah. Lepas tu have fun dengan rakan sebelum tidur (biasa lah...budak-budak kalau ramai-ramai tah hapa di buatnya. Ade saja cerita kan? Kau macam tuh tak??).

Time itu ada aktiviti solat hajat. Qiamulail. Saya pergi seorang. Itu sahaja.

Oh! ingat sikit-sikit dah. Seingat saya saya hanya buat latihan math sahaja. Antara waktu senggang, saya buat math sahaja. Yang itu sahaja saya semangat. Karangan ke apa tak buat. English? Errr...masa itu, zaman saya itu English budak-budak tidak seperti sekarang. Budak sekarang kecil-kecil lagi sudah hafal lagu Justin Bieber.huhuhuhhu!.

Masa hari exam, pergi sekolah macam biasa. Minta maaf dekat mama. Salam mama. Cium mama. Oh! ingat sikit lagi. Malam sebelum exam, mama kejut saya suruh pergi solat hajat, sebab esok nak exam. Saya pun ikut arahan.

Then time exam buat macam biasa. Lepas itu berangan paper yang saya buat tu dapat A. Kehkehkeh!

(Oh! ingat lagi...percubaan saya dapat 1 A sahaja...Math...srot..sroottt)

Bila sampai hari result keluar, muka steady. Padahal takut. Nanti kena bagi tahu dekat abah dengan Mama. Bile keluar cikgu baca nombor giliran sahaja. Cakap dapat 3A 1B.

Aiseyyymannn! I frust! 1 lagi je mahu dapat 4A's (zaman saya hanya ada 4A sahaja). Tidak menangis pun. Reaction lain? err..errr..tak ingat. Maknanya harus reaksi saya "biasa" sahaja lah tuh!

Ah! tak boleh ingat lah apa-apa pasal itu. Dapat hadiah apa pun tak ingat. Atau mungkin tiada hadiah kot? Entah..hehehe

Memang tak kisah apa-apa.


Lepas itu, bila besar-besar ini menyesal kenapa tidak belajar rajin-rajin. Kalau tidak boleh masuk asrama penuh.

OH!

Ingat lagi. cita-cita saya pada masa itu, jika saya dapat semua A saya mahu masuk ke MRSM. Tapi bila dapat 3A's sahaja, saya hampa. Sebab quota budak perempuan dan budak lelaki lain-lain. Jika saya seorang budak lelaki, pasti saya boleh mendapatkan tempat di MRSM. Tapi sebab perempuan, dia punya syarat tinggi sikit (alah...kan dulu ada isu pasal budak lelaki kurang cemerlang dari perempuan, so diorang akan bagi keutamaan kepada lelaki lah supaya mereka jadi cemerlang sikit).

Itu sahaja.


Dah! Habis!


Tahniah sekali buat NYARUL. Nanti Long belanja eh... Senyum lah sikit... :-)

(Khabarnya budak sekolah Nyarul ada 80 orang dapat5A's...See..see...budak-budak sekarang cerdik-cerdik...jadi saingan semakin sukar)

Okeh! Tempek seketul gambar sekolah:

Spot me! spot me plz...hahahaha

* ni time merentas desa di Sunway. Anjuran Milo ke apa entah. Aku dapat Medal. yeyeye!

2 comments:

Anonymous said...

awat hang letak gamba nie...aiyooo..malu la.....

Azira...Nozie...Kechik said...

Sape mu nih?
hhuhuhu

Takpo..takpo...depa tak kenai kita..hahaahaha