Monday, November 8, 2010

Memori Daun Pisang

Note: Ampun kalau tulisan kecil, sila zoom (control sambil rolling mouse..hahahaha!)- sebab entry ini macam sangat panjang

Sewaktu menyewa...



Salam…


Siapa di sini ada pengalaman menyewa bersama rakan-rakan? Hands up! Hands up!
Hans Isaac (??)

OK…saya bukan mahu bercerita tentang menyewa bersama rakan-rakan sewaktu bekerja atau menyewa bersama ahli keluarga. Saya mahu bercerita tentang menyewa bersama rakan-rakan sewaktu belajar.


SAya berpengalaman menyewa bersama rakan-rakan kesayangan penghibur hati sewaktu saya menuntut di semester lima (5). Sewaktu itu, kami bagaikan anak-anak terbuang sahaja, kerana tidak di offer taraf kependudukan di kamsis. Frust tau…sudah lah masa tuh kami semua comel-comel baru tamat Latihan Industri (LI) – practical. Lepas itu di serang kemelut sebab tidak tahu mahu menetap dari hujan dan panas di mana pula.


Jadi memang usha-usha lah waktu antara tamat LI dan waktu masuk daftar ke pusat mengaji (?)..Ok…pelik pula bunyi…ke pusat pengajian. Karang kalau cakap mengaji kome-kome ingat kami buka kitab Al-Quran pulak! (agaknya lah)


Ok..kami terdiri seramai tujuh (7) orang gadis-gadis yang baik hati:


1- Anem

2- Asni
3- Kak Yong
4- Mama
5- Noe
6- Siti
7- Aku

Kami-kami ini antara orang yang sama dalam entry
“Jimba-jimba”. Cuma Siti dan Noe sahaja tiada di sisi. Tapi tak mengapa. Semua ada hal lebih utama pentingnya untuk diselesaikan.

Kami menyewa dia Apartment Makmur, TTDI Jaya. Berdepan Restoran Subhani si restoran pujaan hati Kak Yong. Yong…kau ingat itu?


Rakan-rakan lain masih ingat? Hahahahaha..mana mungkin aku lupa kenangan kita ini. I barat macam kenangan cinta tahu? Memori cinta daun pisang ke?




OK…antara kenangan yang boleh aku imbas secara laju-laju:


1) mandi ikot turn. Gila kau mandi berdua bertiga. Macam tak comel lah perbuatan tuh di buat dalam satu masa.eeeeeuu..jadi, siapa-siapa yang sudah bangun, sementara menunggu turn, boleh la bersolat, menggosok baju atau membuat sarapan alakadar (roti biskot..ikot suka kau)


2) yang paling rajin membasuh ialah yang pertama champion: Noe, ke dua Siti. Kami yang lain kalau rajin barulah basuh (aku biasanya macam tidak aje..huhuhuhhu). Itu pun kena bersabar dengan tahap tekanan air. Sebab kami tingkat atas sekali. Bekalan air macam tak memberangsangkan. Kata je toilet ada dua. Padahal dalam satu masa boleh guna satu sahaja. Tak boleh guna dua-dua serentak nanti air kecil! Lepas tuh stress..lepas tuh malas. Jadi bukan kami malas tau. Cuma kami tak rajin menunggu giliran. Lepas itu kene cuci waktu malam-malam. Selepas itu ampaian tak muat. Kesian kan? Jadi kami akan menghantar baju-bajuan ke dobi secara muafakat. Muafakat kan sifat mulia? Tapi “adik-adik” tak hantar lah. Kau gila…nanti kene ubat guna-guna ke atau dibuat bahan pelaris tidak ke naya?


3) Buat assignment secara muafakat. Muafakat membawa berkat.


4) Siti kalau lepas membuat hajat besar, mesti kena terus mandi. Tak kira lah waktu bila. Lepas buat je, terus mandi. Tak silap, dia paling lama waktu mandinya. Ok, ini statement untuk mengingat kenangan ok..bukan tujuan lain.


5) Aku tipu jam henset Kak Yong. Supaya dia bangkit cepat. Hehehehe…Yong…sori yong.


6) Di rumah sewa ada 3 bilik. Mula-mula siap cabut undi duduk bilek mane lagi. Anem, Seni & Noe dalam bilik master, Siti & Mama bilek ke dua, manakala aku dan Yong di bilik ke tiga. TAPI! Last-last hampir semua kami akan tidur bersusun di hall. Hujung sekali dekat tingkap aku (takot gak..tapi lama-lama alah biasa tegal biasa beb), sebelah aku Anem, lepas tu Mama, Seni (tak silap aku la). Kadang-kadang last tuh Noe. Yang aku ingat, Siti dan Kak Yong je maintain tidur dalam bilik masing-masing. OH! Tilam kami semua tilam lipat-lipat tau…hehehe…


7) Kami ada beli bangku kecil yang berbentuk bulat yang ada span dan kayu. Tak silap aku, setiap seorang ada satu. Beli di Tesco. Tesco Puchong kot! Time tuh Tesco tu baru bukak. Anem yang bawa kami menaiki keretanya. Rasa macam lagu “bapa ku pulang dari kota, pon pon pon” je pula bila cerita ni.
Bangku ini musnah satu persatu sebelum kami tamat menduduki rumah itu.

8) Kalau malas masak untuk waktu makan malam, kami akan berjalan beramai-ramai untuk mencari kedai makan di kawasan sekitar depan rumah. Kedai yang selalu kami hadap ialah
Restoran Bunga… Tapi aku panggil restoran tersebut sebagai Restoran Bunga Raya – Sebab? Dekat signboard dia ada gambar bunga raya. Hehehehe...

9) Waktu malam, kadang-kadang ada rakan keluar untuk temujanji. Aku macam Mak Guard. Kalau rasa macam lambat sangat tapi tak muncul kat rumah, aku call. Bukan apa…aku risau. Pintu kan tak kunci. Kalau jadi apa-apa time kami semua tidur mati di ulit mimpi indah macam mana? Kan susah? Tapi semua memang behave. Senang nak jada anak-anak saya ni. Eceh! Bila pula kau orang jadi anak-anak aku??


10) Pernah pekena kan Kak Yong (Weiii! Korang apa pasal Yong selalu menjadi mangsa kejadian??) tapi kami bukan buli. Kami memang suka mengacau. Apa kami buat? Siapa entah buat sarapan roti letak Ladys Choice lepas itu untuk Yong, di letak cilipadi banyak-banyak dalam roti. Lepas tu gelak-gelak. Tapi Yong sangat sporting tau? Dia tak marah. Tapi kami semua pujuk balik. Ala kuci-kuci…Yong..We Love You…Aaaauuummmmm!


11) Okeh..okeh…pengangkutan kami ke kelas ialah menaiki kereta Encik Karim nama glamernya atau nama sebenarnya Am (Dia ni sekarang sudah jadi suami Anem dan ayah kepada Aleesya tau!...See..See…Cinta kampus hingga jinjang pelamin). Am akan ambil kami hari-hari. Fuhhh…nasib lah Anem ni girlfriend dia…kalau tak…kau ingat dia nak ambil kami-kami nih? Thanks Am..jasa kau sampai sekarang aku kenang tau. Time bulan puasa beli makanan bukak puasa, Am juga lah yang banyak berkhidmat. Ok…melalut. MEsti kau cakap 7 orang gadis comel naik kereta Am mana muat kan? Tambah Am sudah jadi 8 orang kan? Kak Yong & Noe naik motor. Hehehe..Motor Kak Yong di bawa khas dari Perakkk..


12) Selain Cinta Kampus Anem + Am. Siti & Ulek juga terjebak dalam cinta ini. Mereka pun sudah kahwin dan punya seorang Askar, Adam nama dia.


13) Ada satu hari tuh, hari kempen derma darah di JKA. Kelas kami ramai yang menderma. Baik laki baik perempuan. So sebagai habuan (eceh!) kelas petang batal. Sebab Lecturer prihatin dan sayang anak-anak murid takut pengsan sewaktu belajr. Ewwah. Dia Cancel kelas. Aku
“yahoooooooo” dalam hati. Hehehe..Weh…aku derma darah juga lah. Darah saya “O”. Siapa mahu boleh mintak. Mari lah…jangan malu. OK! FINE! Aku bukan nak cerita yang itu sebenarnya. Aku nak cakap disebab kan Lect cancel kelas supaya boleh berehat, tapi kami gadis-gadis sampai ke Midvelley pada petang itu (Am yang hantar kami, errr...aku tak ingat lah kita balik macam mana eh?). Wah…Am sangat loving tau. See..see…sukakan Anem, kami pun dapat la sikit tempias-tempias. Huhuhuh…Am..kami bukan mengambil kesempatan tau. Aku serius puji akan pengorbanan kau tu. Tak tipu. Masa tu kami tak berkemampuan....srott.s.roott

14) Kami pernah juga pergi ke KL. Jalan TAR. Tapi bukan Am hantar lah. Kau gila. Kau ingat Am driver? Kami naik LRT. Lepas tuh jalan-jalan…lepas tuh balik singgah dekat pasar KErinchi. Nak tahu buat apa? Alang-alang sampai sana, kasi can Anem jenguk Am yang sedang menolong ibu-bapanya meniaga sayur di pasar malam tersebut. See…See…walau ada awek, tapi komitmen untuk ibu bapa tak lupa. Lepas tuh…errrr…Anem cakap Abang Am
ensem. JAdi kami pun kunun nak usha cuci mata. Tapi malang, Allah tahu kami niat serong, jadi abang Am tak ada pun hari tu di pasar. Huhuhuhuh. OK! Mind u! kami bukan gadis gedik gatal. Tapi tolong lah faham masa itu kami baru kenal dunia. Remaja dan nakal tak boleh pisah kan. OK? Walau tak banyak tapi sikit mesti nakal-nakal. Baik kau mengaku…kau pun nakal juga kan?

15) Pertama kali saya pergi menonton wayang. Huhuhuhuh...Cerita apa yang 1st kami tengok? Cerita "Stuck On You"...lawak gila cerita ini. Have fun. Cerita kembar siam. Komedi habis. Okeh...kawan-kawan...selepas itu beberapa siri menonton wayang menjadi aktiviti kami. Seingat aku...ada dua cerita lagi kami tengok- Harum Sundal Malam 2 dan CINTA.


16) Aku dan anem ditugas untuk memasak setiap..erm..ari Selasa ke Rabu macam tu lah. Pada syatu hari, aku goreng telur dadar. Masa nak terbalik kan telur, tiba-tiba dia keluar dari kuali dan terjatuh di atas dapur! Tiba-tiba...Mama nampak...dia gelak kan aku secara sakan, tahu? Dia panggil "Telur terbang"


17) Dalam rumah itu, yang ada alat make- up - Kak Yong sahaja. Setakat lip ice lip balm ke apa, budak-budak lain pun ada. Ini Yong ada satu set! hehehe...sengaja suka-suka, kami main make-up bersama-sama...aku yang jadi bahan make-up. mula make up betul-betul...lepas tuh semua main conteng-contenng muka aku. Anem kot yang conteng buat kening aku bersambung. Cess! hahahaha...


Okeh! aku ingat yang ini buat masa ini.


Tiba-tiba entry macam sudah bercampur antara ke kuliah, rumah sewa dan sebagainya pula. Tapi tak apa. Semua ini antara kenangan yang akan kami cerita/borak secara berulang-ulang tanpa jemu. Malah gusi kami tidak pernah kering dalam mengimbau memori-memori ini.

Di Awan besar. Lect kami Sate - En Iba membelanja anak muridyna sebelum anak-anaknya meneruskan menerokai dunia yang penuh pancaroba...

Bersama rakan-rakan...

Sebelum bertolak ke Asia Water kot?

Gadis se-sewa (kecuali di depan sekali- bukan)...
Budak perempuan, dari kiri: Seni-Aku-Mama-Anem-Siti-Kak Yong (No'e saja not available dalam gambar ini)

Masa Bandek kawen di N9

Hari terakhir sebelum semester berakhir...

Antara kenangan di bengkel... Kiri- Sue, Mama & Ayu

Malam pragraduan - tak tahu kenapa gambar last tu, ada gelas dalam tangan...iskk...
See...see..Anem + Am together forever till now...hope u both akan terus bersama dunia akhirat. Aaamiiin


Hari graduasi...

Lelaki tunggal : Lau Gadis dari kiri: No'e, Yati, Mama, Anem, Aku, Siti


~ KENANGAN. ITU. TIDAK. PERNAH. LUPUS. SAMPAI. BILA-BILA ~
SANGAT NOSTALGIA...

DKA BATCH 2001-JUN 2004

Aku sebenarnya mahu menggeledah album lama, tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana...

3 comments:

Anonymous said...

hehe..aku mmg suka zaman nie..ko bt aku terkenang blk smua kjadian spjg duk umah sewa..bestnye idup time tu..suka duka gelak tawa smua ade..ikatan persahabatan tu kuat sgt2 time tu..rindunye..

SUE said...

bile bace blog ko ni.. windu sgt aku kat korg sume... sib baik terselit gak gambo aku kat ctu... tq kecik... luv u all n miss u all!!

Azira...Nozie...Kechik said...

MAMA: Siapa tak suke mengenang kenangan, baik kisah suka atau duka. Tapi kalau yang duka kalau boleh padam, mahu padam jek..

SUE: Gambo ko n baby pun ade lah...hehehe